Khamis, 30 Ogos 2012

Terus Kita berusaha mentaati Allah.

1. Aku terus lagi persoalkan diriku? Bagaimana mungkin aku tak perlu ambil tahu, lalai dan remehkan hal Agama. Hukum-hakam, halal haram, dosa pahala dan segala ketetapan Agama? Hal kematian, alam kubur dan hari akhirat nanti? Sedang kelak aku pasti mati juga. Nikmat sihat, umur, harta, pangkat dan segala yang didunia ini tidakklah kekal. Aku tak akan mampu untuk mengekalkannya. Tak akan mampu menghalangnya. Ini bukti perlunya untuk sahut ketetapan Allah. Kembali sentiasa mengambil cakna setiap perintah Agama.




“Usaha kaitkan segala urusan rutin hidup kita dengan kehendak Agama. Barulah kita akan rasa dan lihat betapa cantik, lengkap dan kemas, teraturnya kehendak Agama. Cukup hebat dan sempurna. Bukan dan janganlah kita guna dan cari agama apa yang kita kehendaki” 

Sabda Nabi saw: “Yang mengiringi jenazah itu ada tiga: keluarganya, hartanya, dan amalannya. Dua dari tiga hal tersebut akan kembali dan tinggal satu saja (yang mengiringinya), keluarga dan hartanya akan kembali, dan tinggal amalannya (yang akan mengiringinya)”. (Hr Muslim) 

“Tidak akan bergeser kedua kaki manusia pada hari kiamat hingga ia ditanya tentang: Umurnya untuk apa dihabiskan, Ilmunya apa yang telah dilakukan, Hartanya dari mana diperoleh dan untuk apa dibelanjakan, Jasadnya untuk apa ia gunakan”. (Hr at-Tirmidzi, hasan sahih) 

2. Kuat, kaya manapun. Hebat, punya kedudukan tinggi manapun. Cantik, punya kelebihan apapun. Aku pasti mati juga. Teman-teman sebayaku ramai yang sudah pergi. Ada yang dalam kelalaian, dan ada yang telah sedar hakikat kehidupan. Sudah amat terlalu banyak pengajaran telah diperlihatkan sebenarnya. Manusia-manusia yang ingkar dahulu. Namun ku masih jua leka dan sering menangguh-nangguh. Ya Allah… Aku sedikitpun tiada apa sebenarnya, aku hanyalah seorang hamba-Mu. "seorang hamba". Aku bukan sudah asal dibentuk dengan kedaan seperti hari ini. Permulaanku dari setitis mani. Dibentuk dan dilahirkan. Lemah dan dikurniakan. Aku tiada apapun. Segala nikmat dan kurniaan ini milik dari Allah. Ia hanya pinjaman dan kurniaan Allah. Dunia ini hanyalah sementara, untuk mengujiku. Aku yang sering jahilkannya. Tiap kelebihan dan kekurangan itu ujian. Ku sedar betapa terlalu sikitnya dalam bersyukur. Sabda Nabi saw: 


Daripada ibn Umar ra, beliau berkata: Rasulullah saw memegang bahuku lalu bersabda: “Jadilah kamu di dunia ini seperti seorang pengembara atau perantau di jalan”. (Hr Bukhari)




“Ada apa aku dan dunia ini! Tiadalah dunia dan aku ini melainkan seperti seorang pengembara yang berlindung dari panas di bawah sepohon pokok, kemudian pergi meninggalkannya”. (Hr at-Tirmidzi, dinilai sahih oleh al-Albani) 

3. Alhamdulillah, pada hari dan saat ini, aku sedar dalam keadaan aku masih lagi hidup. Keadaan ini akan ku sentiasa detikknya dalam hati ini. Rasa sentiasa bersalah dan sentiasa bertaubat. Ku seru pada diri dan teman-temanku tika hidup ini. Marilah kita ubah sikap perjalanan hidup kita. Sibukkan dengan kebaikan. Waktu yang makin cepat, usah biar berlalu dengan maksiat. Kita mengharapkan mati sedang dalam kebaikan. Kita berusaha dan terus berusaha melalui jalan perubahan itu, jangan sesekali meredhai suatu dosa itu, suka, berharap dan menzahirkannya. Kita tak tahu mati bila, harap mati kita dalam keadaan sedang kita berusaha menuju Allah. 


“Lebih besar dan bahaya dari maksiat adalah terus menerus dalam maksiat, suka dan meredhainya dan memutuskan harapan dirinya dengan Allah” 


 “Suka menzahirkan dan gembira dengan saling heboh dan berkongsi perkara-perkara dosa. Sedang Nabi saw bersabda: Setiap umatku diberikan keampunan kecuali orang-orang yang menzahirkan (dosanya)”. (Hr Bukhari dan Muslim)



4. Allah itu amat Maha Pengampun. Maha Penyayang bagi sesiapa yang sentiasa ingat dan sedar yang Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Allah itu juga amat Maha berat siksaannya bagi sesiapa yang sentiasa ingat dan sedar yang Allah itu amat Maha berat siksaannya. Marilah kita sentiasa ingatkan dua perantaraan ini. Agar kita tidak berputus asa dan sentiasa ingat yang kita tidak dapat lepas dan bebas dari balasan Allah. Agar kita terus kuat untuk kembali berada di jalan yang benar. Sabda Nabi saw dalam hadis Kudsi dan Firman Allah swt: 


Allah berfirman: “Sesungguhnya rahmat-Ku mendahului murka-Ku”. (Hr Muslim) 


Allah berfirman lagi: Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dari-Ku, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu engkau pohon keampunan dari-Ku, Aku ampunkan engkau, aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, engkau jika datang kepada-Ku dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemui-Ku tanpa mensyirikkan Daku dengan sesuatu, nescaya aku datang kepadamu dengan penuh keampunan. (Hr at-Tirmidzi, dinilai hasan oleh al-Albani) 

Ketahuilah, bahawa sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya dan bahawa sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Al-Maa'idah 98) 

 Yang Mengampuni dosa dan Menerima taubat lagi keras hukuman-Nya. Yang mempunyai segalanya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Hanya kepada-Nyalah kembali (semua makhluk). (Ghaafir 3) 

5. Kita semua perlu berubah, memang berubah itu bukanlah mudah. Ingat Sabda Nabi saw ini: “Jalan ke syurga dibentangi dengan perkara yang tidak disukai, manakala jalan ke neraka dibentangi dengan syahwat (perkara yang disukai). (Hr Muslim)”. Segalanya memang dengan usaha, iaitu mesti dengan mendalami dan memahami ilmu dan kehendak Agama. 


“Berubah itu dengan belajar Agama. Mengenal Islam. Mengenal pemilik Islam ini”


6. Dari kepercayaan. Iman kepada Allah, malaikat, kitab, rasul, hari akhirat, ketetapan dan ketentuan. Didalami, yakin, faham, dan akan terbenar di hati dengan diterbit lafaznya pada lidah lalu diamal, iaitu diterjemahkan melaui perbuatan. Solat, zakat, puasa, haji. Dan segala kebajikan dan kebaikan lain. 

7. Besar dan luasnya rahmat, keampunan dan kasih sayang Allah swt. Semua kita dapat merasainya. Semua mahkluk dirasaikannya. Rasa sesal, insaf dan bersalah itu tanda betapa Allah sayangkan kita. Tanda Allah masih kasihkan kita. Allah ingin agar kita berubah kembali semula ke pangkuannya. Rasa ego, suka dan harap dengan dosa itu tanda Allah murkakan kita. Nikmat dan kesan buat dosa itu tak sama dengan nikmat dan kesan buat baik. Kita rasainya. Itu tanda wujud murka atau redha Allah. Kita jauhi dan tinggal dosa itu juga tak sama dengan kita juga jauhi dan tinggal buat yang disuruh Allah. Kita rasainya. Wujud tetap bersalahnya kita. Rasa kosongnya hidup kita. Kesannya zahir dan batin terasa. Rasa takut, gerun, berdebar, bimbang, sedih, sesal, tak selesa dan tak tenang. Itu tanda iman. Marilah semua, kita perlu kembali pada Allah. Yang didetikkan itu peringatan dari Allah swt. 


Nabi saw menyebut: “Kebaikan itu adalah kemuliaan akhlak dan dosa itu adalah apabila kamu sedang lakukannya, hatimu tidak tenang dan kamu tidak mahu ia diketahui oleh manusia” (Hr Muslim). Erti hadis ini adalah bagi insan yang masih punyai iman, hatinya tidak keruan; namun bagi pencinta maksiat dan hati yang mati, dosa adalah menghiburkan. - Uzar 

8. Pelaku dan penyebar kebaikan itu merasai nikmatnya. Amat besar nikmatnya. Ketahuilah, itu keredhaan dari Allah. Dan pelaku dan penyebar kejahatan itu merasai juga nikmatnya. Amat sedap nikmatnya. Sedarlah, Itu bala dari Allah. Dan pelaku dan penyebar kejahatan itu merasa sering bersalah. Bangkitlah, itu tanda marahnya Allah, ingin menyedarkan kita. 

9. Marilah kita terus sentiasa tidak jemukan diri untuk membaca dan menghayati Al-Quran dan Hadis Nabi saw. Ia perlu. Hakikatnya ia memberi semangat dan memberi kekuatan kepada kita. Segala kerja kita dirasa tidaklah sia-sia. Segala yang berlaku dan akan berlaku dinyatakan. Setiap amal dan perjalanan hidup ada jaminan dan kaitan dari Al-Quran dan Hadis. Al-Quran dan Hadis bukti kita. Pendorong segalanya.



10. Mengadulah segalanya tentang diri kita kepada Allah. Kita terjerumus lagi, lalu kita terus bangkit bertaubat. Allah gembira dengan kepulangan kita. Ini perjuangan jihad kita. Dengan syarat, bukan main-main dengan taubat. ‘Kita fikir selepas buat dan nanti bertaubatlah semula’. Kita ingat dan yakin janji Allah swt ini: “Dan orang-orang yang berjihad (bersungguh-sungguh) untuk (mencari keredhaan) Kami, benar- benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik. (Al-'Ankabuut 69)” 


Firman Allah swt: Tuhanmu lebih mengetahui apa yang ada dalam hatimu; jika kamu orang-orang yang baik, maka sesungguhnya Dia Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat. (Al-Israa' 25) 

 Dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Kuberitakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. (Luqman 15) 

11. Berputus asalah dengan dosa. Jangan putus asa dengan Allah. Antara syarat taubat adalah tak rancang untuk ingin terus mengulanginya lagi. Buangkanlah segala perancangan, kelengkapan dan harapan untuk dosa. Berdoa mohon kekuatan dan terus berusaha kita dalam mentaati Allah. Taubat, lahir kekuatan dan ketabahan dari Allah. Rahmat Allah, menjadikan segala-galanya serba indah dan cukup.




Akhirnya, marilah kita renungi Sabda Nabi saw ini: Sekiranya manusia memiliki satu bukit berupa emas, maka ia menginginkan untuk memiliki dua bukit (emas). Dan tidak akan ada yang dapat memenuhi keinginan manusia kecuali tanah (setelah manusia dikubur). Dan Allah akan mengampuni siapa saja yang bertaubat kepadanya. (Hr Bukhari) 


“Nabi saw telah lama meninggalkan kita. Pesan Nabi saw agar kita berpegang dan berpetunjuk dengan dua perkara ini. Iaitu Al-Quran dan Sunnah Baginda. Nescaya kita tidak akan sesat selama-lamanya. Sebelum fikir jauh lagi, mari kita selidik dan muhasabah sedalamnya dahulu untuk diri dan keluarga kita. Ia kitab panduan, petunjuk, pengajaran, penawar dan penyelesai segala masaalah. Segala-galanya dikhabarkan. Marilah sama-sama kita sering baca, hayati dan amalkannya” 


Artikel berkaitan: Marilah kesali Dosa, tidak Ego..

12 Syawal 1433 H bersamaan 30 Ogos 2012 M 
Khamis, 06.00 am. Sana’a, Yaman.

Jumaat, 24 Ogos 2012

Doa Pilihan 1.


رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ 

 “Ya Tuhan kami, tuangkanlah kesabaran atas diri kami, dan kukuhkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir”. (Al-Baqarah 250)

 رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلاَنَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ 

 “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir”. (Al-Baqarah 286)

 رَبَّنَا إِنَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ 

 “Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami dari siksa neraka”. (Ali-'Imran 16)

 رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَإِسْرَافَنَا فِي أَمْرِنَا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ 

“Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami, dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir”. (Ali-'Imran 147)

 رَبَّنَا إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِي لِلإِيمَانِ أَنْ آمِنُوا بِرَبِّكُمْ فَآمَنَّا رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الأَبْرَارِ 

 “Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar (seruan) yang menyeru kepada iman, (yaitu): ‘Berimanlah kamu kepada Tuhanmu’, maka kamipun beriman. Ya Tuhan kami, ampunilah bagi kami dosa-dosa kami dan hapuskanlah dari kami kesalahan-kesalahan kami, dan wafatkanlah kami beserta orang-orang yang banyak berbakti”. (Ali-'Imran 193)

 رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَتَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ 

 “Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan wafatkanlah kami dalam keadaan berserah diri (kepada-Mu)”. (Al-A'raaf 126) 

 رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا 

 “Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)”. (Al-Kahfi 10) 


07 Syawal 1433 H bersamaan 25 Ogos 2012 M 
Sabtu, 08.15 am. Sana’a, Yaman.

Masaalah Puasa Enam Syawal.

“Sabda Nabi saw: Barangsiapa berpuasa Ramadhan, kemudian diikuti dengan berpuasa enam hari pada bulan syawal, maka ia seperti berpuasa setahun. (Hr Muslim)” 

Hukumnya, bila, bagaimana cara, adakah perlu berturut-turut, adakah boleh sebelum ganti yang ramadhan dan adakah boleh gabung sunat dengan yang wajib sekali? Jom kita baca dan sebarkannya.


Klik untuk besarkannya (1)
Klik untuk besarkannya (2)


Kata Abdullah bin Mubarak: “Jika aku meninggalkan sesuatu solat sunat, ataupun sesuatu adab Islam, aku bimbang Allah akan menarik segala yang diberikan kepadaku”. (Kitab Indahnya Saat Bersama-Mu. Zahazan Mohamed, cetakan pertama. M/s 152) 


07 Syawal 1433 H bersamaan 25 Ogos 2012 M 
Sabtu, 08.00 am. Sana’a, Yaman.

Kata² page Fb (tazkirah, peringatan 10).




Segala ilmu²,, marilah selalu kita perhati kesan² & manfaatnya.... 
----------------------------------- 

 Apa² kejayaan.. Mohon jauh dari sifat memandang rendah & sangka buruk... 
----------------------------------- 

 Firman Allah menceritakan hal Musa as akan doanya: 

رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ 
 “Wahai Tuhanku, Ssngguhnya aku ini kpd apa sahaja kebaikan yg Engkau turunkan amatlah fakir” (Surah al-Qasas 24). 
----------------------------------- 

 Demi ssngguhnya! Kami akan menguji kamu dgn sedikit perasaan takut, kelaparan, kekurangan dari harta benda & jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kpd org² yg sabar. (Iaitu) org² yg apabila mrk ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mrk brkata: “Ssngguhnya kami adlh kepunyaan Allah & kpd Allah jualah kami kembali”. Mrk itu ialah org dilimpahi dgn pujian dari Tuhan mrk serta rahmatNya; dan mrk itulah org² yg dpt petunjuk hidayah-Nya. (al-Baqarah 155-157) 
----------------------------------- 

 Rasa sakit, sedih, kecewa itu, Ujian bagi org Beriman...
 ----------------------------------- 

 Nabi saw menyatakan: Doa itu adlh ibadah. (Riwayat Abu Daud dan al- Tirmizi, sahih) 
----------------------------------- 

 Mek,, quran yg suruh puasa tu sama dgn quran yg suruh tutup aurat dgn sempurna. Ingat tu mek! bukan quran lain mek... - Ust Ridhuan Mohamad Nor. 
----------------------------------- 

 Segala suruhan Allah ini tiada lain, utk kemulian & kebaikan hambanya yg diciptakannya... 
----------------------------------- 

 Bukankah telah dinyatakan: "Ingatlah, hanya dgn mengingati Allah-lah hati menjadi Tenteram". (Ar-Ra'd 28) 
----------------------------------- 

 Dlm fiqh awlawiyyat, “tak sempat yg sunat lain krn sibuk yg wajib, maka tak mengapa”. Namun kita, tak sempat utk yg sunat dan sampai leka, remeh yg wajib, krn sibuk hiburan dunia. - Mohon jauh dari demikian... 
----------------------------------- 

 Kita kata nak berubah, bkn seperti org sangka dan kata. Maka, kita perlu tunjukkan perubahan itu. Dan kita ni, saksi utk diri kita sendiri. Hinggalah kelak... 
----------------------------------- 

 "Ya Tuhanku, ssngguhnya aku tlh menganiaya, menzalimi diriku sendiri krn itu Ampunilah aku". (Al-Qashash 16) 
----------------------------------- 

 Bersihkan hati kita dalam menadah ilmu.. Bersihkan hati kita sblm tadah ilmu-ilmu.. 
----------------------------------- 

 Ambil jer yg sahih dari Nabi saw. Mudah Urusan, tak terkira byk lagi Sunnah lain blm mampu diikut.. 
----------------------------------- 

 Tidakkah rasa malu atau utk berfikir atau terkesan dgn semangat rakan² pemuda arab, yg sentiasa berkejar-kejaran Berjemaah di Masjid... yg jauh lbh muda dari kita. Cuba fikir dan tanya knp aku begitu lemah, malas. Tak patut rasa selesa & brgembira dgn keadaan ini.. Jika tak dgn faktor ini pun, byk lg faktor lain. Malang benar, hal² kelalaian dunia yg memberatkan kita, dan brlaku sebaliknya. Bagaimana nak mengukuhkan kelonggaran² fahaman agama dlm masyarakat yg begitu byk. – perlu sering kita muhasabah. 
----------------------------------- 

 Tak tarawih, tak di masjid, tdk berjamaah. Benar kita tlh memufliskan diri kita. 

Sabda Nabi saw: Sesiapa yg berdiri (bersolat tarawih) brsama imam sehingga dia (imam) beredar (selesai), dituliskan baginya ganjaran org yg qiyam semalaman (seumpama bersolat sepanjang malam). (Hr at-Tirmidzi, sahih) 

Jika imam berkata: “Ghoiril magh-dhuubi ‘alaihim waladh dhoolliin”, maka katakanlah “aamiin”. Maka sesiapa perkataannya serentak prkataan aamin para Malaikat, maka diampunkan dosanya yg lalu. (Hr Bukhari) 
----------------------------------- 
Muhasabah tahap Syukur........ 

----------------------------------- 

 Keistimewaan disini, ruang² dan peluang² utk dosa, maksiat, yg melekakan, & brmacam hiburan² kurang, sukar & terbatas. Kebaikan byk mengekang, suasana menyedarkan. Ia mmg benar bg yg sentiasa dahagakan pahala & keampunan, dan hasyratkan perubahan. Namun tdk bg yg tlh fitrahkan kelalaiannya. Malangnya tdkpun mengambil manfaat tanda² beza ini, tiada kesan. Ingin juga menggolongkan dirinya dlm kelompok yg leka.. Sedang sepatutnya..... 

 "Elektrik yg acap trputus dlm sehari, wanita² yg cukup terpelihara mata² yg memandangnya. Keterhadan internet, hatta ruang brmain futsal juga tiada. Tiada halangan brckp hal agama. Dan suasana yg amat kotor, mundur mmg tak dinafikan. Begitu jua suasana belajar (talaqi) disini yg kurang meriah, atas kesungguhan individu² trsebut". – “Hal² ini, berkait rapat dgn sgla ilmu yg ditadahi”. 
----------------------------------- 

Cinta itu mahal, Nikmat yg amat berharga.... 
-----------------------------------

Beberapa org pelajar buta itu sering berlari-lari utk jamaah di masjid dgn dipimpin temannya...... 
----------------------------------- 

 Hal², ketetapan, suruhan Agama. Jgn persoalkan dan bandingkan kita dgn yg mengabaikannya. Ajukan dan bandingkan dgn yg peka mnjaganya. Mgkin yg mengabaikan, benar² jahil, atau dgn kelalaianya. Sedang kita tlh tahu dan bkn utk lalaikannya... 
----------------------------------- 

 Dpt pengajaran, manfaat. Dari apa² yg dilihat, didengar.. iaitu bila ada kesannya untuk diri. Jika tdk, kita tlh tertipu.. 
----------------------------------- 

 Nilai² amalan kita hari ini, sedang dirasa oleh saudara² kita yg tlh mati. “Ya Allah, ssngguhnya Engkau Maha Pemaaf, sukakan kemaafan, maka maafkanlah kami”. 
----------------------------------- 

 Lebih pntg dari kejayaan, redha Allah.... 
----------------------------------- 

 Kita dituntut agar sentiasa saling bermaafan & mendoakan... 
----------------------------------- 

 Org² mukmin tidak akan mencari & suka mengambil peluang untuk saling menjatuhkan, mengaibkan... 
----------------------------------- 

 Apa-apa perbuatan kita.. marilah perhati apa hukum Agama mengenainya. 
--------------------------------- 

 Bukan hari raya itu yg sekadar cantik & baru pakaian kita, tetapi hari raya itu bertambah rasa syukur & ketaatan kita.. 
----------------------------------- 

Untungkanlah nikmat anugerah Sihat ini..... 
----------------------------------- 


 07 Syawal 1433 H bersamaan 25 Ogos 2012 M 
 Sabtu, 07.30 am. Sana’a, Yaman.

Sabtu, 18 Ogos 2012

Bergembira dan Bersyukur dengan Hari Raya.


1. Alhamdulillah, pujian takbir mengagungkan Allah terus kita panjatkan. Allahuakabar, nikmat yang amat besar kita semuda sedang rasai. Ramadhan telahpun pergi meninggalkan kita. Segala perjalanan mengikuti perintah Allah ini. Kita lihat betapa cukup indah, cantik dan moleknya aturan agama Islam dari Allah ini. “Firman Allah swt: Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya (Ramadhan) dan hendaklah kamu (bertakbir) mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur. (Al-Baqarah 185)” 

2. Hari ini kita disuruh bergembira. Ini perayaan kita sebagai seorang Muslim. Disamping itu juga, jangan sampai terabai ketetapan agama. Railah kegembiraan, jangan sampai terabai perintah Tuhan. 

3. Marilah buktikan kesyukuran kita kepada Allah. Alangkah besarnya nilai nikmat sihat dan rezeki dari Allah ini. Betapa ramai yang lain sedang sakit dan tiada kemampuan meraikan Aidilfitri ini seperti kita. Walau harta banyak, tapi sakit. Fikir saudara-saudara kita di negara lain yang masih serba kekurangan. 

4. Membuktikannya, ialah dengan kita terus berusaha menjaga perintah Allah. Jangan ingat bila raya, maka ia adalah hari bebas bergembira sewenangnya. Dosa seolah hendak diganti semula. Jauhlah dari niat keji ini. Ramai juga yang meremehkan hal dosa ini, ia rela dibiarkan kerana anggap ini hari bergembira. “Iaitu bebas bersentuhan, bersalaman dengan bukan mahram (ajnabi: yang halal dinikahi), pergaulan, berjalan kesana kemari antara mereka. Berpakaian dan berhias sebebasnya. Sibuk sampai abai solat dan dipenuhi sepanjangnya dengan hiburan yang melalaikan”. Demikian juga yang tidak saling untuk bermaafan, saling menziarahi, merapatkan ukhuwah dan hubungan sesama keluarga, saudara-mara dan semua yang lain. 

5. Besarnya Rahmat Allah. Walau ramadhan kita banyak kecacatan. Kita masih juga terus buat dosa, namun kita masih diberi tempoh hingga hari ini untuk meraikan Aidilfitri. Malanglah bagi siapa yang tiada rasa malu dan bersalah kepada Allah. Rasa tetap dengan egonya, terus berhasrat untuk dosa dan tidak mahu mendekatkan diri kepada Allah. Kita masih diberi nikmat kegembiraan ini dan peluang untuk bertaubat. 

6. Seterusnya, marilah kita bersegara untuk qadha puasa yang tinggal dan dituruti dengan berpuasa enam syawal sepertimana dinyatakan dalam hadis yang ganjarannya seperti puasa setahun. “Sabda Nabi saw: Barangsiapa berpuasa Ramadhan, kemudian diikuti dengan berpuasa enam hari pada bulan syawal, maka ia seperti berpuasa setahun. (Hr Muslim)”

7. Sentiasa berhati-hati dengan banyakkan mohon doa kepada Allah agar selamat perjalanan hari raya kita. 

8. Akhirnya, moga Aidilfitiri tahun ini akan menjadi detik permulaan bagi kita untuk berubah menjadi manusia yang bertaqwa. Hasil dari kem didikan ramadhan. Dan lebih dekat dalam mengenal Allah. Sama-sama terus berusaha. 

“Selamat Berhari Raya buat semua pengunjung Blog ini. Terima kasih kerana sudi melawat. Maaf zahir batin. Kita semua dituntut agar sentiasa saling bermaafan dan mendoakan”



29 Ramadhan 1433 H bersamaan 18 Ogos 2012 M 
Sabtu, 10.30 am. Sana’a, Yaman.

Ahad, 12 Ogos 2012

Rebut peluang, baki 10 Terakhir.

(1) “Rasa malas dan sukar sangat nak buat amal. Nak rebut peluang tawaran ganjaran 10 malam terakhir ini. Aku sudah tahu dan sudah sering sentiasa orang peringatkan. Aku sendiri juga dari kalangan pelajar agama”.



1. Sebab jahil dan dosa yang masih menjadi rutin hidup kita, kita perlu muhasabah dan selidik kerja masa hari-hari kita. Dari dosa samaada yang secara zahir dan batin. Yang sedang tergantung, bertangguh dan belum tertunai, dengan ibu bapa, teman dan sesiapapun.  

2. Sebab sifat remeh dan sambil lewa dengan amal wajib lain. Terutama solat. Melewatkan, sudah biasa dengan qadha solat. Dosa-dosa besar yang masih berjalan. 

3. Sebab asyik dengan hiburan dunia memanjang, tv, lagu, fb, chat, cerita, bergelak ketawa, remeh hal benar, dan bermacam-macam lagi seumpamanya. 

4. Demikian, hal-hal inilah yang telah mengekang dan mengawal kita. Memalaskan dan membutakan kita. Seolah menghijabkan kita. Mata hati kita telah diseliputi karat yang tebal. Bila lemah dan masih kotor hati kita, maka segala dosa dan kejahatan-kejahatan lain akan sentiasa memburu dan mengikuti kita. Ingin menarik dan senang menghampiri kita. Demikian bila kita kuat, maka sebaliknya pula akan berlaku, iaitu kebaikan yang akan mengekang dan ia dinampak mudah dan ringan. Sedang kejahatan pula sukar dan amat payah menghasut kita. Bila kita masih dalam berdosa, dalam kelalaian lain, maka kita rasa berat, malas dan tak sanggup berusaha untuk kebaikan lain. Dan bila kita sudah dalam kebenaran, sentiasa dengan kebaikan, maka kita rasa sukar, lemah dan tak mengharap berusaha untuk kejahatan dan apa-apa yang melekakan, sering selalu rasa bersalah. 

5. Sedang malam al-qadr itu menjanjikan jaminan yang cukup besar dari Allah. Ganjaran yang berganda-ganda. Dosa kita yang lalu hendak dibersihkan. Amal malam tersebut lebih baik dari 1000 bulan, iaitu lebih baik dari 83 tahun, 4 bulan kita buat amal. Hidup kita belum tentu sampai bila, bagaimana keadaan kita selepas ini. Ini hadiah untuk kita semua. 

(1) Rasa tak perlu paksa diri dan rebut. (2) Ia juga hanya sunat. (3) Tak ada nikmat buat ibadat, rasa macam seksa diri. (4) Lain waktu boleh amal amalan lain. Tak terkesan dan ambil endah lansung.



1. Paksalah diri untuk permulaan ini. Perlu diusaha melakukannya. Jika tidak diramadhan ini, maka bila lagi kita nak bangun berqiamullail. Bulan lain sudah tentu akan lagi sibuk dan malas. Kerana ia tidak seperti ramadhan, janji kelebihan yang besar. Suasana yang berlainan, nafsu sudah berkeliaran. Ada tempat yang berlumba-lumba untuk meraihnya, suasana masjid bising dengan tangisan-tangisan taubat penyesalan. Sedang hati kita masih lagi gersang, jangan biarkan ia terus gersang. Inilah masanya. 

2. Amal-amal kebaikan kita yang lain, ia menghapus dosa-dosa kita yang lain. Amal-amal sunat kita, ia menampung keaiban yang wajib. Kita semua akui, banyak kelekaan kita pada perkara wajib. Tunai dengan sambil lewa, melambatkan, gaduh, dan bermacam kekurangan. Begitu jaga banyak dosa-dosa kita yang terlepas pandang dalam kehidupan seharian. Demikian yang sunat ini menampung segalanya. Dunia ini tempat kita beramal dan akhirat tempat dibalas amal. Sabda Nabi saw: 


Amalan yang pertama akan dihisab diakhirat nanti ialah berkenaaan dengan solat, lalu Allah swt menyuruh malaikat memeriksa setiap solat hambanya, sudah sempurna atau masih ada kekurangan. Jika sempurna, maka catitlah sempurna. Dan jika tak sempurna, maka lihatlah adakah ada padanya amal sunat. Jika ada, maka sempurnakan untuk yang fardhu tadi dari sunatnya. (Hr Abu Daud, disahihkan oleh al-Albani) 

 Dalam riwayat lain pula dinyatakan: “Yang pertama dihisab dari hamba dihari kiamat dari amalnya ialah solat. Jika baik, maka dia telah berjaya, lulus. Dan jika rosak, maka dia telah gagal, rugi. Jika ada sesuatu yang kurang dari solatnya, lihatlah adakah ada padanya amal sunat, maka disempurnakan apa yang kurang dari solat tadi”. (Hr at-Tirmidzi, hasan) 

3. Nikmat dengan hal maksiat, maka tiada nikmat dalam ibadat. InsyaAllah, jika kita dapat tinggal segala maksiat, maka hadir nikmat dalam beribadat. Rasa manisnya, gembira, tenang, dan semakin semangat ingin untuk buat ibadat. Tak dapat rasa nikmat sebab maksiat, kotoran pada bekas hati, minuman, makanan kita itu, walau air, makanan mahal dan sedap sekali manapun. Tukar rasa nikmat itu. Memang perlu melalui prosesnya, kesungguhan yang kuat dan keuntungannya besar. Kebahagiaan dunia dan akhirat. Yang ingin bersih, dia tak akan selesa dan manfaatkan jika suatu itu bercampur dengan yang kotor. Tapi yang sudah ingin kotor, dia tak akan berkesan jika bercampurnya dengan yang bersih. Asal tercapai hasyratnya. 

4. Fikir tangguh dan masa lagi panjang. Tiada lain, ingat dan renung tentang kematian. Mati, bukti dan pengajaran segala-segalanya. Ingat jua masa kita, bila sakit, susah, ditimpa banyak musibah dan ujian yang besar. Semuanya bergantung dan ada kaitan dengan penyerahan doa, ibadat kita kepada Allah. Akan datang bagaimana kehidupan kita belum tentu halnya. Muda, sihat dan senang tidak kekal. Ini tarbiyyah dari Allah. Rasa tak perlu ambil tahu sedikitpun, marilah kita berusaha bersih sedikit demi sedikit karat tersebut. 

(1) “Aku memang lemah hanya dalam hal kebaikan ini. Sedang orang lain sedang berkejar-kejaran dan berlumba-berlumba merebutnya. Hati aku masih keras”.



1. Buang ungkapan itu, dan cuba berusaha. Kita mohon ditetapkan hati-hati kita, diampunkan dosa dan terus diberi kekuatan. Ingat kebenaran azab dan nikmat kelak. Fikir Allah masih bagi ruang pada kita, walau memang amat keji perbuatan kita dahulu. Masih beri nikmat dapat rasa gembira suka, kesihatan dan umur kehidupan umur ini. Aib dan imej kita masih terjaga dan masih dapat memperbaikinya. Dan segalanya yang terjadi dalam hidup kita. Dan ingat, bagi Allah mudah dan berkuasa mengubah segalanya. Demikian hati perlu berusaha melazimi hal-hal sunat, agar sentiasa lembut mendengar perintah Allah. 

2. Kita berserah pada Allah dan kita kena berusaha. Kadang mari fikir rasa tak mampu juga kawal nafsu lepas ramadhan nanti, sama juga aku lepas ramadhan nanti. Marilah kita buang anggapan itu, tak payah fikir. Rancang hal-hal yang dapat mengelak dari dosa kelak. Rancang kesukaan yang halal. Pohon pada Allah, kurniakan dan mudahkan dengan jalan yang halal. InsyaAllah, sama kita berusaha.


الَّلهُمَّ اكْفِنِي بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ، وَاغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِواكَ 

 “Ya Allah, cukupkanlah aku ini dengan yang halal-Mu daripada memerlukan yang haram-Mu. Dan kayakanlah aku ini dengan kurniaan-Mu daripada bergantung selain daripada-Mu”. (Hr at-Tirmidzi)

 اَللَّهُمَّ جَنِّبْنِي مُنْكَرَاتِ الأَخْلاَقِ, وَالأَعْمَالِ, وَالأَهْوَاءِ, وَالأَدْوَاءِ 

 “Ya Allah, jauhkanlah aku dari kemungkaran akhlak, (keburukan) amal perbuatan, (kejahatan) hawa nafsu, dan penyakit”. (Hr at-Tirmidzi, sahih) 

(1) Di Yaman, Sana’a. Tangisan 10 terakhir dan pesta ibadat. (2) Tak rasa nak menangis.



1. Suasana yang amat memberi kesan. Remaja, pemuda, dan golongan tua berlumba memenuhi masjid. Dengan kerusi roda dan bertongkat, ada yang memanfatakan peluang untuk i’tikaf sepanjang sepuluh terakhir. Dan juga peluang lailatul Qadr. Benar, corong-corong masjid sentiasa kedengaran tangisan suara mereka. Dikiri kanan asyik suara tangisan, saat tiba ayat-ayat ancaman, peringatan dan jaminan ganjaran. Suara-suara seolah serentak berkata, ya Allah, ya Allah, ya Allah dalam keadaan menangis... Hati mana tak terkesan dan merasainya. Masa bacaan yang begitu panjang terus diharapkan dan tiada dikeluhkan, merenungi ayat-ayat, mengenangi dosa-dosa hidup yang banyak. Doa-doa membakar tipudaya dunia, menuntut pengorbanan hidup. Walau saya tak mampu memahami selengkapnya, namun ayat-ayat yang dibacakan seolah menyebabkan hati terpukau dengan merasa amat kerdil dan hinanya diri, hati terus mengharap, air mata menghilangkan segala kesombongan. Hanya doa terus-terus diulangkan. Ya Allah.. Ampunkan dosa kami semua. 

2. Hiburan dunia yang sentiasa padat dan menyeronokkan kita. Dan tidak dapat memahami maksud ayat dan doa. Ini semua perlu kita usaha baca, hafal ayat, doa dan ingat sekali terjemahannya. 

(1) Ramadhan, ketika dan selepasnya. Menguji Keimanan. Menilai Keikhlasan. Melihat Ketaqwaan. Membentuk Perubahan. (2) Kenapa kita tidak buat.



1. Ramadhan, ketika dan selepasnya. Menguji keimanan kita, adakah sanggup kita tahan lapar dahaga, dan syahwat kerana Allah. Menghindari segala yang telah dilarang sebelum ramadhan hinggalah selepas ramadhan. Menilai keikhklasan kita, jika kita benar-benar ikhlas, maka kita akan jaga segala perkara yang diperintahkan ketika puasa. Menghindarkan segala yang megsia-siakan puasa dan mengejar fadhilat ganjaran yang dijanjikan. Dan terus sanggup bila selesai ramadhan. Melihat ketaqwaan kita, sebelum ramadhan dan ketika dan selepasnya. Tumbuh atau layu sifat-sifat taqwa kita. Segalanya jika benar ditaat, hasil yang cukup berbeza dapat kita rasa. 

2. Hadiah dari Allah, kenapa kita tidak ambil. Keampunan, ganjaran dan doa. Ini hanya diramadhan. Semua kelak, mudahan semua kita jadi orang bertaqwa. Tujuan yang sama. Pangkat yang paling bernilai dan mulia disisi Allah. 

Akhirnya, malam al-Qadr, andai sudah berlalu. Namun kelebihan bangun solat malam ini, adalah amat besar. Dan kelebihan baki diramadhan lagi ini. Sama-sama terus kuat bersungguh hingga ke akhirnya. “Kata Aisyah ra: Adalah Baginda Rasulullah saw bersungguh-sungguh pada sepuluh akhir, kadar yang Baginda tidak bersungguh-sungguh pada selainnya. (Hr Muslim)”. Demikian kita juga perlu bersungguh-sungguh tidak pada selainnya. 


Sabda Nabi saw:....lalu ada seruan (pada bulan ramadhan); Wahai orang yang menginginkan kebaikan, datanglah (maralah). Wahai orang yang ingin kejahatan, tahanlah dirimu (berhentilah, berundurlah)..... (Hr at-Tirmidzi, ibn Majah. Disahihkan oleh al-Albani) 

Marilah sama-sama usaha rebut peluang ini 


23 Ramadhan 1433 H bersamaan 12 Ogos 2012 M 
Ahad, 01.00 am. Sana’a, Yaman.

Khamis, 9 Ogos 2012

Hanya Doa, kembalikan Kekuatan.

1. Melihat bermacam-macam keadaan dunia. Berbagai pengaruh dan ideologi diakui itulah yang benar dan disebarkannya. Kebenaran dan kebathilan, dosa dan pahala bercampur. Terlalu amat banyak perselisihan dan kekeliruan. Tiada lain, hanya doa, munajat penyerahan kepada Allah semutlaknya diadukan. 

2. Kita telah sentiasa berusaha dan sentiasa menjaga perintah Allah. Namun keadaan hal dunia hari ini, yang terjadi disekeliling kita, benar-benar selalu amat kuat menggoyahkan iman kita. Ia kadang datang cuba memesongkan dan meragu-ragukan kita. Kadang mari terfikir, “betulkah aku, atau aku yang salah dan tersesat sebenarnya”. Ruang media yang sudah bebas dan hal dosa yang tiada lagi sekatan dan ancaman. Bahkan dipersoalkan hak bila menegurnya.



3. Hanya doa, untuk kembalikan semula kekuatan kita. Untuk kebenaran ini. Untuk terus tabah dan tetap mentaaati Allah. Dari doa, memohon petunjuk dari Allah yang Berkuasa dan Maha Mengetahui segala kejadian ini. Ada kesannya, ada bantuan dan jawapan bagi segala kekusutan hasutan fikiran yang menggoyahkan iman ini. Nabi saw pesan: “Jagalah perintah Allah, nescaya pasti Allah menjaga engkau”. (Hr at-Tirmidzi, hasan sahih) 

4. Demikian, doa merupakan senjata bagi kita orang mukmin. Kekuatan yang paling hebat dan canggih sekali. Perlu kita sentiasa melaziminya. Terlalu banyak keajaiban dari doa ini. Ia mampu dan mudah mengubah dari apa yang kita tidak sangka. Kadang Ia menghadirkan perasaan dan perubahan yang mengejut. Ini punya tanda, isyarat yang besar bagi hati orang-orang yang beriman. 

5. Bersihkan hati kita, dan marilah kita lazimi sebahagian doa-doa dari dari Al-Quran dan Hadis ini:




اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ، صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ 

“Ya Allah, yang mengarahkan hati, arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepada-Mu”. (Hr Muslim)

 اللَّهُمَّ يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ، ثَبِّتْ قُلُوبَنَا عَلَى دِينِكَ

 “Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hati-hati kami pada agama-Mu”. (Hr at-Tirmidzi, Ahmad, ibn Abi ‘Asim - dinilai sahih)

 اللَّهُمَّ رَبَّ جَبْرَائِيلَ وَمِيكَائِيلَ وَإِسْرَافِيلَ فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ أَنْتَ تَحْكُمُ بَيْنَ عِبَادِكَ فِيمَا كَانُوا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ اهْدِنِي لِمَا اخْتُلِفَ فِيهِ مِنَ الْحَقِّ بِإِذْنِكَ إِنَّكَ تَهْدِي مَنْ تَشَاءُ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ 

 “Ya Allah, Tuhan malaikat Jibrail, Mikail dan Israfil, Pencipta langit dan bumi, Mengetahui yang ghaib dan yang nyata. Engkau yang menetapkan hukuman antara hamba-hamba-Mu dalam perkara yang mereka perselisihkan. Tunjukkan daku kebenaran mengenai apa yang diselisihkan dengan izin-Mu. Sesungguhnya Engkau menunjukkan (memberi hidayah) sesiapa yang Engkau kehendaki ke jalan yang lurus”. (Hr Muslim)

 يَا حَيُّ يَا قَيُّوْم بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْث أَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّه وَلاَ تَكِّلْنِي إلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْن 

 “Wahai Tuhan Yang Maha Hidup dan Berdiri Sendiri, dengan rahmat-Mu, aku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusan hidupku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walau sekelip mata”. (Hr an-Nasaai, dinilai sahih oleh al-Albani)

 اللَّهُمَّ أعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ، وَشُكْرِكَ، وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ 

 “Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu, untuk bersyukur kepada-Mu, dan untuk memperelokkan ibadatku kepada-Mu”. (Hr Abu Daud, an-Nasaai dengan sanad yang sahih)

 رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ 

Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (segala kurnia). (Surah Ali-'Imran 8) 

“Doa, ubat penyakit zahir dan batin” “Doa, hadir Kekuatan” 

6. Rasa sakit, sedih, kecewa dan segala serba kesusahan dan kekurangan itu, ujian buat orang-orang beriman. Firman Allah swt: 


Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut, kelaparan, kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali”. Mereka itu ialah orang dilimpahi dengan pujian dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya. (Al-Baqarah 155-157)




Firman Allah swt: Hai orang-orang yang beriman, mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat. (iaitu jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu). (Al-Baqarah 153) 

7. Solat, dari segi bahasanya juga bermaksud doa. Merangkumi dalam ibadat solat ini juga doa. Segala lafaz jika benar dihayati, adalah doa kepada Allah. Masaalahnya, kita tidak berusaha memahami maksudnya, ia lah yang menghadirkan kekhusyukan, penyerahan, pengharapan dan kekuatan. Permulaanya dengan sunat doa iftitah dan akhirnya sebelum salam disuruh mohon doa, antaranya doa selamat dari empat perkara sebagaimana dinyatakan dalam hadis. “Apabila kamu selesai membaca tahiyyat akhir maka mohon berlindunglah pada Allah dari empat perkara: Daripada azab neraka, azab siksaan kubur, fitnah kehidupan dan kematian dan fitnah, kejahatan dajjal. (Hr Muslim)”

أللهُمَّ إنّي أعُوذُبِِكَ مِنْ عَذَابِِ جَهَنَّم ومِنْ عَذَابِِ القَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ المَحْيَا وَالمَمَات وَمِنْ شَرِّ المَسِيْحِِ الدَجَّال 

 Ya Allah, Sesungguhnya aku memohon perlindungan daripada azab neraka, azab siksaan kubur, fitnah kehidupan dan kematian dan kejahatan fitnah dajjal. (Hr Muslim) 

“Kita bangun untuk solat malam, berdoa kepada Allah” 

 “Alhamdulilah atas nikmat iman dan islam ini. Dan selawat atas Nabi kita, Muhammad saw” 


19 Ramadhan 1433 H bersamaan 08 Ogos 2012 
Rabu, 03.45 am. Sana’a, Yaman.

Jumaat, 3 Ogos 2012

Hijrah dan Abby Abadi.

1. Sekarang ini, ramai yang sudah berhijrah. Iaitu kembali berubah membenarkan syariat Allah. Bertaubat dan telah mengakui kesilapan-kesilapan mereka dahulu. Demikian kita semua juga pernah alami hal ini. Namun beza hanya ia diketahui orang atau tidak. Namun bagi orang seperti artis, yang bersangkutan dengan ramai orang, pengaruhnya besar. Maka diperlukan untuk memaklumkannya. Menjelaskan kita sebenar telah lama dalam kelalaian. Kerana pengikutnya telah berpetunjukkannya.




Sabda Nabi saw: Sesiapa yang mengajak, menyeru kepada kebenaran, maka untuknya pahala seperti pahala-pahala orang yang mengikutnya, tidak kurang daripada pahala-pahala mereka sedikitpun. Dan sesiapa yang mengajak kepada kesesatan, maka ke atasnya dosa seperti dosa-dosa orang yang mengikutnya, tidak kurang daripada dosa-dosa mereka sedikitpun. (Hr Muslim) 


2. Inilah dunia, manusia tidak akan puas melainkan hinggalah masuk ke tanah. Dan Allah sentiasa menerima taubat hambanya. Sabda Nabi saw: “Sekiranya manusia memiliki satu bukit berupa emas, maka ia menginginkan untuk memiliki dua bukit (emas). Dan tidak akan ada yang dapat memenuhi keinginan manusia kecuali tanah (setelah manusia dikubur). Dan Allah akan mengampuni siapa saja yang bertaubat kepadanya”. (Hr Bukhari) 


3. Para Nabi-nabi kita juga pernah berdoa minta diampunkan dosa dan diberikan hidayah kepada mereka yang lalai dan melawan Islam ini. Kerana ramai yang benar masih jahil. Diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas'ud ra, “Aku masih terbayang Rasulullah saw menceritakan tentang seorang nabi daripada nabi-nabi sebelum Rasulullah yang disiksa (dipukul) oleh kaumnya hingga berlumuran darah. Dia mengesat darah dari mukanya sambil berkata, ya Allah ampunilah kaumku oleh kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui” (Hr Bukhari dan Muslim). 


Kita juga semua acap pernah berdoa untuk semua ini. Alhamdulillah, hari ini Allah perkenankan doa dengan kesedaran dan penghijrahan mereka. Hal ini amat dirasai oleh penegak-penegak Agama. Bahkan mereka yang berhijrah begitu semangat memperjuangkan Islam. Begitulah persamaan peristiwa sejarah yang pernah berlaku pada zaman Nabi saw dahulu. 'Umar al-Khattab, Khalid al-Walid, Abu Sufyan dan lain lagi'. Mereka menjadi dikalangan orang utama yang menggerakkan Agama ini. Begitulah benar firman Allah swt: “Dan jika kamu berpaling daripada menegakkan agama Allah (Islam) nescaya dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti kamu ini. (Muhammad, 38). Marilah kita terus panjatkan doa dan kuat berusaha, saling mengajak dan membantu untuk kebenaran Islam ini. 


4. Ada yang kata Pas guna artis kerana tertekan dengan Bn. Ya, saya amat setuju artis digunakan oleh Pas. Biarlah diguna oleh Pas. Guna segala nikmat dan anugerah kurniaan Allah dengan jalan yang halal. Pas perlu menggunakan artis ini. Untuk selamatkan mereka, membentuk dan menjelaskan mereka syarat-syarat hiburan yang mampu menghiburkan kita juga diwaktu akhirat nanti, insyaAllah. Kerana umno yang telah merosakkan sistem agama yang sudah cukup cantik dan sempurna. Kalau tidak ingin kaitkan dengan Pas pun. Tapi perlu bersama dengan golongan yang mengajak ke arah yang benar ini. Ada artis yang benar-benar memang kerana untuk cari rezeki, dan malang ada artis yang masih pertikai dan persoal kenapa aku perlu berubah. Mohon jauh dari demikian. Yang telah menfitrahkan perbuatan dosa itu.




5. Apa-apa ruang yang ada, kita perlu gunakannya. Walau ruang politik. Apatah lagi memang dalam golongan yang hasyratnya untuk meraih kuasa ini, adalah tidak lain untuk menjalankan syariat Allah. Negeri Kelantan, mata hati kita dapat melihat sendiri perbezaannya. Apa lagi yang nak diegokan? 


6. Saya amat terasa dengan kenyataan Abby Abadi ini. “Abby mengeluarkan kenyataannya menerusi Malaysian Insider yang mengatakan kerana kerajaan sekarang, dia tidak mempunyai sebarang pekerjaan. Malah berkata, bakatnya untuk berkarya sebagai Muslimah yang sudah bertudung juga tidak dapat dikembangkan. 


"Apabila anda berhijrah, ruang untuk anda berkarya secara kreatif adalah terhad, oleh itu kita perlukan drama dan filem yang Islamik." "Selebriti seperti kami hanya akan bekerja di dalam dunia seni apabila ianya adalah sejajar dengan syariah Islam. Untuk itu, Pakatan Rakyat perlu menang dan membentuk kerajaan untuk merealisasikan dunia hiburan yang berdasarkan Syariah” 


7. Ia, benar itu dugaan dari Allah. Atas keadaan orang itu mampu atau tidak hadapi ujian Allah. Seperti juga kita. Dengan jalan dan cara yang haram, menipu. Kita dapat raih untung besar, dan yang amanah dan halal, amat memerlukan kesabaran. Allah nak lihat keikhlasan kita. Namun sebagai orang yang saling meneyeru kepada kebenaran. Inilah dosa kerajaan dan yang menyokongnya. Memberi ruang untuk kerja dosa dan tidak berusaha bersungguh membanterasnya. Dan ruang kebaikan dilihat hal yang salah. Demikian kerana dalam pentadbirannya sendiri, hal-hal dosa masih diteruskan. Dan itu kelemahan Abby, seperti kelemahan kita juga. Sedang sifat orang-orang beriman itu saling bantu yang benar. Mungkin boleh dikatakan kenyataan itu, “kita sebenarnya telah terlalai hasutan syaitan dan terjerat perangkap orang-orang yang tidak ingin menegakkan Islam. Dan kita mampu dan perlu merubahnya, dengan memberikan kemenangan pada yang ingin menegakkan Islam. Kita dapat juga kerja dan kerjanya direhai Allah”. Dan ingatlah, ini ujian buat kita semua selaku oang beriman. Mereka dinegara eropah, yang dihalang untuk pakai tudung, dan tiada makanan halal. Maka perlu juga usahakannya hinggalah sampai tak berlaku kemudharatan.




8. Malangnya, ada yang memperlekeh. Jika dari kalangan artis, itu hal lain. Tapi kalangan yang sering menganggapnya itu hanyalah tujuan politik. Dalam kepala, hanya politik harta, pangkat dan kedudukan. Tidak nampak tujuan besar kuasa itu. Iaitu menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah yang berkuasa. 


9. Contoh bagi saya, “kita nak jaga dari buat dosa, dari hadir rasa cenderung kepada dosa, dari hanyut dengan dunia ini. Namun akan sukar nak dikawal, jika dalam keaadaan keluarga kita sendiri yang tidakpun mengambil beratnya. Dan tak terkira adegan filem-filem yang tiada moral, syariat seolah menghalang rezeki, kecanggihan yang tak dapat dikawal ibubapa, pengaruh luar rumah dan segala-galanya lagi. Ia semua berkait dengan kuasa. Dengan yang berkuasa, dengan kerajaan. Kita memang selalu salahkan diri dengan kelalaian ini. Namun kita rasa benci kepada keadaaan yang menghasut kita untuk buat dosa. Demikian bila keadaan sekeliling sering membuka ruang hiburan yang halal. Maka, kita amatlah bergembira dan ia menyelamatkan kita dari buat dosa”. “Pemimpin nak suruh rakyat taatkan Allah, tapi pemimpin buat dosa dan beri galakan untuk buat dosa. Memang itu hal dosa individu juga. Kenapa diikut yang salah. Namun ini tanggungjawab yang besar dari pemimpin. Dan untuk meneyelamatkan kita, maka perlu untuk kita menukar pemimpin itu”.




10. Semuanya dari sifat ego, tak mahu akui kesilapan diri. Semua tiap-tiap kita mempunyainya. Seorang abang, ayah, datuk, ketua, guru, ustaz, dato’, yb, menteri dan sumpamanya lagi. Jika kita walau ditegur dengan baik dan hal itu memang benar. Ada juga terasa dihati kita. Demikian ada yang terus keraskan kepalanya dan yang menginsafinya dan yang terus ingin melawan. Segalanya berkait rapat tahap taqwa kita kepada Allah. Sedar yang kita ini tetap hamba Allah, ada kuasa yang lebih besar berkuasa dari kita. 


“Ya Tuhan kami, ampunlah aku dan ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari berlakunya hisab (hari kiamat)”. (Surah Ibrahim 41) 


“Kata Abdullah bin Mubarak dan yang lain dari kalangan salaf: Dua golongan dari manusia, bila mereka baik, nescaya baiklah manusia. Dan bila mereka rosak, nescaya rosaklah manusia. Iaitu para Pemerintah dan para Ulama’. (I’laamul Muwaqqi’iin, ibn Qayyim. Jilid 1/10)” 

Mungkin boleh baca artikel ini:  
- Berusaha meraih Dunia dan Akhirat. 
- Kejayaan terhasil dari Kerja yang dilarang Allah. 




13 Ramadhan 1433 H bersamaan 02 Ogos 2012 M 
Khamis, 05.50 pm. Sana’a, Yaman.

Khamis, 2 Ogos 2012

Ramadhan, Keampunan atau Kecelakaan?

Nabi saw bersabda: Ketika aku menaiki anak tangga (mimbar) yang pertama, Jibril as datang kepadaku lalu berkata: Celaka (malanglah) seorang hamba yang mendapat Ramadhan dan melepasinya dan dia tidak diampuni. Lalu aku pun menjawab 'Amin'. (Hr Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad) 

Amat menghinakan, bagi sesiapa yang sempat keatasnya Ramadhan dan melepasinya sebelum diampunkan dosanya (sedang dosanya masih tidak diampun). (Hr at-Tirmidzi, disahihkan oleh al-Albani)




1. Maksudnya, ada golongan yang puasa, yakni yang dibulan puasa, tapi tetap berlalu hidupnya hingga selesai ramadhan seperti biasa. Tidak ambil peluang banyakkan amal dan bertaubat, masih dengan dosa. Sedang ramadhan nak menghapuskan segala dosa. Iaitu, jika kita ikut syaratnya, habis ramadhan ini akan diampun dosa kita. Nabi saw bersetuju dengan ucapan Jibril as itu. Demikian jika solat, ada golongan yang celaka solatnya. Yang ingin menunjuk-nunjuk, meremehkan dan melewatkannya. Seperti disebut dalam (Surah Al-Maa´uun, Ayat 4-6) 


“Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat. (Iaitu) mereka, orang-orang yang lalai dari solatnya. Mereka orang-orang yang berbuat riya” 

Imam al-Qurtubhi dalam tafsirnya menyebut: “Telah meriwayatkan adh-Dhahak dari ibn Abbas: Iaitu orang yang solat, jika dia solat, dia tidak harap pahala. Dan jika dia tinggal, dia tidak takut atasnya balasan”. Dan yang melewatkan solatnya. Lagi kata ibn Abbas: “Mereka adalah golongan munafik, yang tinggal solat secara senyap, dan zahir untuk iklankannya”. (Lihat ayat hal solat munafiq dalam surah An-Nisaa' 142.) [Tafsir al-Qurtubhi, Maktabah at-Taufiiqiyyah, al-Qaahirah: 19-20] 


2. Begitu juga puasa, digari syaitan dan dikunci pintu neraka. Syurga dibuka dan pintu keampunan dilebar seluasnya. Ganjaran ingin digandakan. Namun ada yang masih terus-menerus mengegokan dirinya. Ramadhan atau tidak, sama sahaja. Tawaran yang begitu berharga dari Allah tak dihiraukan. Dosa-dosa dijadikan syarat utama untuk terus hidup. Amatlah hina kedudukan ini. Mohon jauh dari demikian. 


3. Allah bagi kesempatan dengan ramadhan, tapi kita tidak guna kesempatan ini. Tidak mahu menebus segala dosa-dosa yang dibuat. Kita tak tahu selepas beberapa hari ramadhan ini dan ramadhan akan datang mungkin sudah sakit, sibuk atau sudah mati. Dan ruang yang Allah beri lagi ini, kita ingat semula yang ramadhan pada tahun lepas, kita telah merugikannya dengan bermacam dosa.




4. Bulan ini Allah suruh kita ganda ibadat, mohon ampun, tahan diri dari dosa. Nak latih dan bentuk semula kita. Bila kita sudah solat, ditambah pula solat tarawih dan dengan berpuasa. Maka ia mudah dan kuat berkesan untuk melatih dan membentuk kita agar taat perintah Allah, yang telah lama selalu diperingatkan sebelum ramadhan. “Tidak mengumpat, menghina, dedah aib, menipu, dedah aurat, pergaulan bebas, tinggal Quran, lupa masjid dan berbagai-bagai lagi perbuatan mungkar dan kelekaan lain”. Jika kita perhati semula, perkara-perkara yang membatalkan puasa itu, asalnya memang sudah halal. Dan perkara-perkara yang menghilangkan pahala puasa dan mencelakakan puasa itu sudah memang asal haram. Jika kita buat apa-apa yang diharam tika puasa ini sebelum puasa, maka ia juga tetap tegas diperingatkan dan besar ancaman buruknya. Demikian ibadat puasa ini suatu yang amat besar kerana digabungkan kedua-duanya. Menahan yang sudah halal dan tetap haram. Ia untuk mendidik kita semua. Allah nak asuh kita semua, kita tak tahu sebab kita ini ciptaan Allah. 


5. Maksudnya, bagi sesiapa yang memanfaatkan peluang ramadhan ini dengan menurut dan menjaga segala hukumnya. Maka terselamatlah dari kecelakaan ini. Allah swt tutup neraka dan buka pintu syurga. Tapi kita tidak menyahut seruan untuk ke syurga dan seruan agar jauhkan dari neraka. 


6. Kita melalui ramadhan, tapi kita masih buat hal-hal yang dilarang Allah. Kita tidak berusaha untuk melatih dan berubahkan diri kita. Semuanya untuk melihat kita sebenarnya, ikhlas atau tidak menahan lapar. Jika kita benar-benar ikhlas, nescaya kita akan berpuasa dengan penuh pengharapan dan keimanan kepada Allah. Iaitu dengan menjaga segala ketetapan-ketapan lain dari Allah. Marilah kita perhati amaran yang keras dari Sabda Nabi saw ini: 


Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan masih melakukannya, maka tiada pada Allah sebarang hajat terhadap dia meninggalkan makannya dan minumnya. (Hr Bukhari) 


7. Marilah kita perhati, adakah sebelum ramadhan hingga sekarang diramadhan ini? Sama sahaja kita dengan kelekaan. Atau ramadhan lebih baik, atau ramadhan lebih teruk? Biar terasa ada perubahan. Sebab kita mengharapkan keampunan, ganjaran dan matlamat ketaqwaan. Dan ingin selamat dari puasa yang sia-sia dan celaka hasilnya. 


8. Rebutlah kita dengan tarawih, baca Quran, qiamullail, sedekah dan kebajikan-kebajikan lain. Jika memang malas sangat nak tambah lebih lagi, tidurlah... Jangan buat perkara dosa, habis masa dengan hal tiada faedah dan yang melalaikan. Kata orang, “malas sangat buat ibadat, jangan buat maksiat”. Malang sangat lagi, tidak tarawih, baca quran, qiamullail dengan sebab tengok cerita, sembang kosong, mengumpat dan segala hal dosa yang benar membazirkan puasa. 


9. Allah nak suruh kita jadi hamba yang bertaqwa. Takutkan Allah, iaitu dengan taat Allah dan ikut Rasul. Lalu akan jadi manusia baik dan buat yang baik, disukai Allah, Rasul dan semua manusia. Dan tinggal yang salah, dibenci Allah, Rasul dan seluruh manusia. Adil dan amanah dengan segala anugerah dunia. InsyaAllah, lahir kehidupan yang baik yang dirahmati, diberkati Allah. 


10. Ramadhan hadir dalam kita masih sihat. Tapi malang, sihat kita kuat untuk digunakan kesana-kemari. Tapi jadi tidak sihat untuk ke masjid, qiamullail dan kesempatan beribadat. Sering wujud alasan yang banyak. 


11. Seseorang itu dapat merasa dan mengetahui sendiri dosanya diampun atau tidak. Kerana dengan halnya sendiri masih berterusan dengan buat dosa atau tidak? Masih tidak bertaubat, berubah dan berusaha merubahnya. Antara mungkin rasa tanda diampun Allah. Hati tawar untuk dosa, semangat untuk buat baik dan sering selalu rasa bersalah dengan Allah. 


12. Dalam Al-Quran dinyatakan (تتقون لعلكم). ‘Laalla’ dalam Al-Quran bermaksud janji dari Allah. Janji Allah untuk menjadikan kita orang yang bertaqwa dari hikmah puasa.




13. Solat sunat yang hanya disuruh secara berjemaah dimasjid, ialah solat sunat tarawih. Tidak untuk solat sunat lain. “Mungkin ada yang kata, tarawih itu sunat, tak buat pun tak apa. Malas sangat tarawih dimasjid, buat dirumah pun tak apa. Jemaah sunat, buat dirumah pun tak apa”. Kita sebenarnya telah memufliskan diri kita. Allah hadiah ramadhan ini, ganjaran hadiah yang begitu berharga dan banyak sedang menanti kita! Keampunan yang besar dari Allah!. Kita merasa seolah sudah ada tiket ke syurga. Sudah cukup amalan. “Sedang Nabi saw pecah kaki ketika solat malam, lalu kata Aisyah ra kenapa buat juga, bukankah telah diampun engkau apa yang terdahulu dan terkemudian. Lalu Nabi saw menjawab: “Bukankah, tidakkan aku ini hamba yang bersyukur. (bimbang dikira masih tidak syukur dengan Allah) [Hr Muslim]”. Marilah kita renungi Hadis kelebihan tarawih dan solat berjamaah ini: 


Sesiapa yang berdiri (bersolat terawih) bersama imam sehingga dia (imam) beredar (selesai), dituliskan baginya ganjaran orang yang qiyam semalaman (seumpama bersolat sepanjang malam). (Hr at-Tirmidzi, sahih) 

 Jika imam berkata: “Ghoiril magh-dhuubi ‘alaihim waladh dhoolliin”, maka katakanlah “aamiin”. Maka sesiapa perkataannya serentak perkataan aamin para Malaikat, maka diampunkan dosanya yang lalu. (Hr Bukhari) 

“Marilah kita usaha jaga solat berjamaah untuk selamanya dan tarawih hingga selesai ramadhan. Bukan dalam golongan yang tinggal apabila masuk sepuluh terakhir kerana sibuk raya”




Sesiapa yang mengerjakan puasa Ramadhan kerana imannya (kepada Allah) dan mengharapkan pahala dari-Nya, akan diampunkan untuknya segala dosanya yang lalu. (Hr Muslim) 

 Matlamat Puasa, Firman Allah swt: “Agar kamu bertaqwa, (menjadi orang-orang yang bertaqwa)”. (Al-Baqarah 183) 


14. Akhirnya, sama-sama kita berlumba dan rebut setamaknya dengan berbagai amal dan dengan segala kemampuan yang ada. Bagaimana nak jadi orang baik? Nak berubah jadi orang baik? Inilah dia, Ramadhan. Allah nak jadikan kita orang yang baik. Dengan syarat, hati ditunduk sepenuhnya dalam pengharapan ini. Benarlah jika ada yang merasa sedih bila berakhirnya ramadhan, perasaan ini tak dapat nak diterjemahkan, ia berhasil dari kesan didik ramadhan. 


15. Sama-sama bermuhasabah. Kita semua baru sedar, maka kita perlu ubah. Saling mendoakan. Tiada lain, peringatan ini terfikir untuk diri yang selalu alpa. Yang penting, jangan kita set awal-awal lagi yang kita ni, “aku ramadhan macam biasa juga, sama sahaja, habis ramadhan nanti buat semula”. Atas kita segala-galanya. Segalanya mudah bagi Allah. Malang lagi yang sanggup persoal pula, “kenapa aku perlu berubah?”. Jawabnya sebab kita akan mati dan ditanya kenapa kita tidak berubah? 


"Dan mohonlah ampun bagi dosamu dan bagi (dosa) orang-orang mukmin, laki-laki dan perempuan. (Surah Muhammad 19) 

 Ya Tuhan kami, ampunlah aku dan ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari berlakunya hisab (hari kiamat). (Surah Ibrahim 41)" 


Mungkin boleh baca artikel ini: Maksiat atau Taat, hubungan dengan Allah. 




13 Ramadhan 1433 H bersamaan 02 Ogos 2012 M 
Khamis, 02.10 pm. Sana’a, Yaman.