Komen, sebarang pandangan sangat dialukan.

Ahad, 28 Oktober 2012

Doa kematian dan penutup yang Baik.


عن أنس رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا يتمنين أحدكم الموت لضر أصابه، فإن كان لا بد فاعلا فليقل: اللهم أحيني ما كانت الحياة خيرا لي، وتوفني إذا كانت الوفاة خيرا لي 

Janganlah seseorang kamu mengharap kematian dengan kecelakaan yang menimpanya, maka jika ditimpa, hendaklah kamu berdoa: “Ya Allah, hidupkan aku andai kehidupan itu baik bagiku, dan matikan aku andai kematian itu baik bagiku”. (Hr al-Bukhari dan Muslim)

عن بسر بن أرطاة قال: كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يدعو اللهم أحسن عاقبتنا في الأمور كلها، وأجرنا من خزي الدنيا وعذاب الآخرة. قال ابن كثير: وهذا حديث حسن 

“Ya Allah, perelokkan kesudahan kami dalam segala hal semuanya, dan lindungilah kami daripada kehinaan didunia dan azab diakhirat”. (Hr Ahmad dan al-Bukhari), Kata ibn Kathir: Hadis ini Hasan. 

عن رفاعة بن رافع الزرقي عن النبي صلى الله عليه وسلم وفيه: اللهم توفنا مسلمين، وأحينا مسلمين، وألحقنا بالصالحين 

 “Ya Allah, matikan kami dalam keadaan muslim (berserah diri), dan hidupkan kami dalam keadaan muslim (berserah diri), dan satukan, gabungkan kami dengan orang-orang yang soleh”. (Hr Ahmad dan al-Bukhari) 

Terjemahan mudah dari: http://www.islamweb.net/fatwa/index.php?page=showfatwa&Option=FatwaId&Id=63509


12 Zulhijjah 1433 H bersamaan 28 Oktober 2012 M 
Ahad, 04.15 pm. Sana’a, Yaman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan