Selasa, 23 April 2013

Kata² page Fb (tazkirah, peringatan 22).

 

 Duit boleh dicari, Dunia tak dapat kembali lagi... 
-----------------------------------------------------

 Carilah Pemimpin yang membanggakan dan menyelamatkan kamu, bukan sekadar ketika di waktu Dunia, tapi di Akhirat yang kekal dan pasti semua akan pergi kesana. 
-----------------------------------------------------

 Sunnah baca Surah Al-Mulk & Solat Witir sblm tidur... jom sahabat², kenalan² fb yg dikasihi. 
-----------------------------------------------------

 PAS sekarang semakin dilihat meluas dlm memperjuangkan sudut/kehendak ISLAM. Allahu Akbar... 
-----------------------------------------------------

 Kembali kpd Allah, Jalan yg akan menyelamatkan dan menyelesaikan apapun masaalah kita. 
-----------------------------------------------------

 In-sha Allah.. sesuatu yang dilakukan dari hati pasti sampai ke hati juga...
-----------------------------------------------------

 Jangan mengalah teman.. ingatlah saat titisan-titisan Airmata taubat kita.
-----------------------------------------------------

 Allah sentiasa hampir dgn kita. Pertolongan Allah itu dekat. 
-----------------------------------------------------

 Perasaan Cinta itu Amanah, Allah menguji kita dengan perasaan itu... 
-----------------------------------------------------

 Allah menyuruh kita berlumba-lumba melakukan Kebaikan.. Dan berusaha meninggalkan kejahatan... 
-----------------------------------------------------

 Allah menguji kita, agar kita kembali semula ingat dan taat perintah Allah. Usaha hentikanlah kedegilan kita. Kelak, pada Allah semula kita kembali. Tiada yg disuruh Allah itu buruk... 
-----------------------------------------------------

 Ingat sentiasa Allah Maha Adil.... 
-----------------------------------------------------

 “Bila kamu tak tahan lelahnya belajar, maka kamu akan letih mengajar” 
-----------------------------------------------------

 “Bila kamu tak tahan lelahnya Belajar, maka kamu tidak akan dapat mengecapi Kejayaan” 
-----------------------------------------------------

 Jangan dilihat 'kejayaan itu' pada sekadar kejayaan nilaian Dunia dari orang sekeliling kita. Bacalah kisah manusia-manusia yang telah diberi berbagai habuan/keuntungan dunia dahulu, diturunkan azab oleh Allah kerana kelalaian mereka. 
-----------------------------------------------------

Allah menciptakan manusia itu sempurna, Tiada yang hodoh....... 
-----------------------------------------------------

 Gembiranya bila dapat tahu ilmu Agama. Ia panduan/keuntungan untuk dunia dan akhirat.... 
-----------------------------------------------------

Ilmu, lebih mahal dari segalanya..... 
-----------------------------------------------------

 Bala’, kita seolah tiada masa untuk buat baik, dan ada masa untuk buat dosa.
-----------------------------------------------------

 Sahabat.. sudah berapa lama hidup kita sunyi dari Al-Quran, jomlah baca Al-Quran ye... 
-----------------------------------------------------

 Mudahkan dan luaskanlah yang Halal.. Susahkan dan sempitkan yang Haram..  
-----------------------------------------------------

Sentiasa fikir Akhirat l Agar bersungguh meraih kejayaan sebenar. Kejayaan Akhirat menuntut agar berjaya juga dlm dunia. Fikr tntg Kematian dan Akhirat, agar terus kuat berusaha buat yg terbaik/ jadi org yg baik di dunia, akan dpt hasil kebaikan didunia dan hasil yg telah pasti sangat beruntung diakhirat sana. Menikmati hidup ini dgn sentiasa bersaksikan perintah dan larangan Allah. 
-----------------------------------------------------

 Pelajar Agama l Fikir dan muhasabah, berbaloikah aku belajar jauh diluar Negara. Adakah sama keadaan jika aku di dlm Negara, atau lebih baik di dlm Negara lagi. Apa keuntungan/manfaat/perubahan/beza besarnya. Duit sumbangan orang ramai. Fikir keuntungan/kerugian diri dan umat. Marilah kita muhasabah betul-betul, menyedarinya dan bangkit ubahinya. Jaga Solat kita yg pertama dgn sebaik-baiknya. (waktu, hukum, berjamaah, penghayatannya).
-----------------------------------------------------

 Bila kita dapat usaha pelihara ia sebaik-baiknya. Sukar dijangkiti kuman/penyakit dosa disekelilig pada diri kita. Permulaannya bermula dgn lemahnya kesempurnaan Solat itu. - Sama Muhasabah 
-----------------------------------------------------

 Jauhilah dosa dik, kelak ia menghinakan, jangan kita hina pada pandangan Allah....
-----------------------------------------------------

 Memilih pasangan hidup pun disuruh pentingkan nilai Agama, apatah lagi memilih Pemimpin Negara.
-----------------------------------------------------

 Tenangnya hati bila dengar alunan bacaan Al-Quran, Allahuakbar.
-----------------------------------------------------

 Takutlah bala dari Allah, ajal yg menunggu...
-----------------------------------------------------

 Tanggunglah dosa wahai yang menyebar dan memanjangkan lagi video lucah itu... perbuatan mencari dan menyebar aib itu sudah ditegah dan diancam berat lagi balasannya, apatah lagi difitnah. 
-----------------------------------------------------

 Buatlah fitnah, bukalah aib, kelak pasti aib kamu pula dibuka, amalan muflis, munasabahlah beratnya ancaman Allah dlm Al-Quran. Ya Allah, tetapkanlah hati kami, bantulah kami....
-----------------------------------------------------

 Ilmu dengan Kesungguhan.... 
-----------------------------------------------------

 Jangan biarkan hubungan kita dgn Allah jauh, makin jauh... 
-----------------------------------------------------

 Bila kita berusaha buat apa yang telah disuruh Allah dan Rasul. Kita akan dimuliakan, disegani, dikenali dan dihormati. (Buat krn Allah, kita akan dimuliakan dan tak akan dikecewakan) 
-----------------------------------------------------

 Jangan mengambil jawatan kerana mencari pandangan orang. 
-----------------------------------------------------

 Jangan kenyang dgn mengumpat....
-----------------------------------------------------

 Allah menguji kamu, makananya Allah sayangkan kamu.. Allah menguji kita, maknanya Allah sayangkan kita... 
-----------------------------------------------------

 Mendidik l Fokuskan 'tidak faham' atau 'malas' sebenarnya. 
-----------------------------------------------------

 Kita dimurahkan/dimudahkan rezeki dgn jalan/cara yang haram/berdosa. Kita sedang diuji oleh Allah.... 
-----------------------------------------------------

 Sabar dari menggunakan cara yg tidak baik, yg dilarang Islam ketika berkempen... 
-----------------------------------------------------

Jangan dirunsingkan sangat apa yang telah ditetapkan Allah. 
-----------------------------------------------------

Hari ini masing-masing mempersoalkan perbuatan ini dan itu adalah hak masing-masing. Dan ingatlah kelak, kita semua akan dibalas apa hak kita yg sebenarnya.
-----------------------------------------------------

 Silih berganti 'doa (taubat) dan usaha' untuk berubah.... 
-----------------------------------------------------

 Tambah ilmu & manfaat akal l Belajar untuk 'belajar, mengajar/tolong menyampaikan dan bertanya'. Semua itu sumber ilmu yang perlu saling berkait. Untuk dan akan kuat ingatan dan kefahamannya.
-----------------------------------------------------

 Bila kita ingat Allah, pasti ada jalan keluarnya.... 
-----------------------------------------------------

 Sahabat, berjuang untuk solat berjamaah, penuhkan masjid..... 
-----------------------------------------------------

 Begitu Gembiranya rakyat dengar berita bubar hari ini sebab tak sabar dan sudah lama perit menunggu untuk tukar Kerajaan baru.... 
-----------------------------------------------------

 Cadangkanlah pada rakan2 page ini, Sekadar kongsi, peringatan untuk kebaikan... Tegur jika admin salah... Untuk saling sama-sama kita muhasabah dan memperingatkan.... 
-----------------------------------------------------

 Masa sakit, kita seolah baru sedar dari hidup, ada, apa dgn/ untuk hidup ini. Dengan izin Allah, kita diizinkan kembali sihat. Begitulah kelak mati, kita akan benar-benar tersedar sesedar-sedarnya. Namun tiada guna lagi, sahabatku2 semua, sama2 kita muhasabah, saling peringatkan sesama kita semua...
-----------------------------------------------------

 Assalamualaikum sahabat2, jom berjemaah maghrib.. apalah sangat hidup ini, bila sakit baru kita akan tahu/ sedar hakikatnya...
-----------------------------------------------------

 Diuji dgn kesakitan, mungkin doa agar diampunkan dosa kita diuji, ditebus dgn kesakitan... ingat bila dalam kesakitan itu mungkin dosa yg baru sahaja kita lakukan dan kita telah sedarinya. Alhamdulillah, kurniakan kami kesabaran dan kekuatan ya Allah... "Dan (ingatlah kisah) Ayub, ketika ia menyeru Tuhannya: "(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang." (Surah Al-Anbiyaa' 83)"
-----------------------------------------------------

  Janji Allah, apa2 berita, kajian, usaha perancangan untuk gagalnya Islam tidak akan berjaya. Kita hanya terus berkerja... 
-----------------------------------------------------

 Masa hidup inilah untuk berubah, semua ingin, berharap untuk berubah. Hanya lambat atau cepat. Ada keuntungan dunia dan akhirat yg pasti. Ajal yg tidak diketahui. Berjuanglah kita dalam 'sudut' apa bentuk ujian keatas kita, untuk berubah dari yg dilarang Allah dan Rasul itu. Dan menerima, bersama dgn perjuangan lain yg lebih besar lagi yg dibawa oleh para Ulama'2 kita...
-----------------------------------------------------

 Allah sentiasa memberi harapan kepada hambanya... 
-----------------------------------------------------

 Makbul atau tak makbul doa kita adalah rahsia Allah. Jgn pernah jemu berdoa, sebab Allah tak pernah jemu mendengar suara kita ketika berdoa.
-----------------------------------------------------

 Yang salah itu, Allah sentiasa Maha Mengetahui hakikatnya, Manusia akan ada yang tahu juga akhirnya, Kita berubah atau tidak yang menjadi beza/ keuntungannya, Allah sentiasa memberi peluang kpd kita.. Allah Maha Berkuasa atas segalanya... 
-----------------------------------------------------

 Tiap usaha kita mesti sentiasa kaitkan dgn doa, pengharapan kpd Allah, krn yg terjadi pasti ada hikmahnya dari Allah dan Allah Maha Berkuasa atas segalanya... 
-----------------------------------------------------

Syukur, ingat atau tidak kita dengan besarnya Nikmat Sihat ini... 
-----------------------------------------------------

 Segala hal yang berlaku, telah berlaku dan akan berlaku pada diri kita, pada keluarga, dan segala hal dalam dunia ini. Kita mesti ingat, Allah sentiasa Maha Mengetahui semuanya. Kita berusaha buat yang terbaik dan sentiasa mohon doa kepada Allah Yang Maha Berkuasa atas segala-galanya...
-----------------------------------------------------

 Benarnya dari taubat. Akan bersemangat menunaikan perintah Allah, melakukan kebaikan. 
-----------------------------------------------------

 Allah sentiasa menyayangi kita....
-----------------------------------------------------

 Apa untung jika sibuk berdengki, dunia akhirat tiada keuntungan...
-----------------------------------------------------

 Assalamualaikum teman-teman semua, sudahkah kita membaca Al-Quran, berzikir memuji Allah pagi ini.... 
-----------------------------------------------------

Silap selepas usaha tak ada masalah.... 
-----------------------------------------------------

 Perkara yg baik, perintah dari Allah dan Rasul. Harap pakat tolong kita usaha kongsikan dgn org lain, saling nasihat, sampaikan dan peringatkan agar semua mendapat manfaat untuk kejayaan hidup dunia dan akhirat. Dengan apa cara yg kita ada... 
-----------------------------------------------------

 Nabi Muhammad s.a.w mengajak kepada Islam dengan menunjukkan kemuliaan akhlak Islam, keadilan dlm Islam, kemudahan, keringanan dlm Islam dan keindahan Agama Islam itu. 
-----------------------------------------------------

 Jika kita selalu berdoa, kita akan rasa sesungguhnya Allah dekat... 
-----------------------------------------------------

 Buka fb, jangan melupai al-Quran.... 
-----------------------------------------------------

 Islam banyak memberi keuntungan kpd kita, apa yg kita berikan untuk Islam..... 
-----------------------------------------------------

 Jujur waktu exam (belajar), mengajar jujur ketika bekerja...
-----------------------------------------------------

 Orang pandai memang dia tak suka/ benci meniru dan tak suka/ benci perbuatan orang menirunya....
-----------------------------------------------------

 Jaga hak Allah, pasti dijaga hak sesama manusia...
-----------------------------------------------------

 Apabila kita melakukan dosa kecil, tutuplah dengan kebaikan. Dosa besar pula hendaklah didahului dengan taubat dan diikuti pula dengan melakukan kebaikan juga. Hanya kebaikan dapat mengimbangi dosa tersebut.
-----------------------------------------------------

 Fikir kadang sebab kita mari rasa benci, dan nak marah sangat sesutu perkara itu, adakah dengan sebab kerana masalah dari diri kita sendiri atau memang benar ia silap dari faktor luar itu... Solat, zikir, al-Quran penenang hati. 
-----------------------------------------------------

 Syukur sedar itu Ujian dari Allah.. 
-----------------------------------------------------

 Perbuatan dosa itu sebab jadi: Keras kepala, Payah menerima yg benar, Selalu nak marah, Dan gopoh, melulu bertindak. Sama Bermuhasabah...
-----------------------------------------------------

 Jangan biarkan dan suka orang lain juga merasa susah dan sukar seperti kita juga telah merasai itu susah dan sukar. Itu sombong namanya... Allah tak suka orang yang sombong.
-----------------------------------------------------

 Penerangan, kisah dan pengajaran dari isi Al-Quran dan As-Sunnah amat cukup lengkap, jelas, tepat, hebat dan bersesuaian hingga kiamat... 
-----------------------------------------------------

 Kita sabar dengan usaha guna dan cari jalan yang halal... 
-----------------------------------------------------

 Bersabar itu memang bukan mudah, bersamanya adalah pertolongan dan kekekuatan dari Allah. (Allah akan tolong jika kita bersabar dan kekuatan untuk mampu bersabar) 
-----------------------------------------------------

 Yang tak tahu, kita jauhi sangka buruk. Itu akhlak yg buruk.
-----------------------------------------------------

 Kita baik dengan manusia, Allah lebih Berkuasa, Allah Maha Berkuasa...
-----------------------------------------------------

 Adillah, jangan tipu dan zalim walau sedikitpun. Walaupun manusia tidak tahu. Allah Maha Mengetahui. Malaikat dikiri kanan kita sentiasa mencatit...
-----------------------------------------------------

 Dari sifat mukmin itu ingin saling memberi peringatan, nasihat dan ingin diri diperingatkan, diberi nasihat.... 
-----------------------------------------------------

 Pilihlah yg disukai dan tidak dilarang Allah dan Rasul untuk ikutan dan panduan.. 
-----------------------------------------------------

 Ihsan: "Beri tanpa diminta, buat tanpa disuruh, tolong tanpa balasan, tunai kerana sudah tanggungjawab". 
-----------------------------------------------------

 "Selalu ada harapan, bagi mereka yang berdoa. Selalu ada jalan, bagi mereka yang berusaha." 
-----------------------------------------------------

 Ya Allah, berkatilah dan permudahkanlah urusan buat mereka-mereka yg memberikan pertolongan.... 
-----------------------------------------------------

 Kita cari minat yang Halal.. dan kita fokus, tumpu seinginnya. Minat yang haram itu ujian, ada ganti cara yang halal sebenarnya. 
-----------------------------------------------------

 PEROKOK itu perlu tahu dan sentiasa ingat yg asap rokoknya itu tlh sentiasa menyusahkan dan menyakitkan saudaranya yg lain....
-----------------------------------------------------

 Allah tahu masalah kita, marilah kita kembali kpd Allah selalu... 
-----------------------------------------------------

 Hidup ini besar tujuannya, besar keuntungan kelak.. jgn ungkap bosan...
-----------------------------------------------------

 Orang yg berjaya ialah org yg sanggup dan sedia berubah.... 
-----------------------------------------------------

 Yang menegur itu kerana tahu, Kita pula melawan kerana tak tahu, Jgn kita melawan dan biar kerana juga telah tahu... 
-----------------------------------------------------

 Ya Allah, berikanlah kekuatan untuk sentiasa berdoa dan bergantung kepada-Mu... 
-----------------------------------------------------

 Perbanyakkan ingat Allah dan Hari Akhirat....
-----------------------------------------------------

 Ya Allah, Mudahkanlah yang susah, Ringankanlah yang berat.. 
-----------------------------------------------------

 Ya Allah, terima kasih kerana menyedarkan aku..... 
-----------------------------------------------------

 Ya Allah, terima kasih atas nikmat sihat ini.... 
-----------------------------------------------------

 Memang, kawan yg suka, asyik sudah biasa, dan tiada malu bercakap hal orang lain depan kita. Keaiban, mengumpat dan menghina orang. Kemungkinan besar hal sama dibuat kepada kita. Ku muhasabahkan diriku selalu, jauhilah kita keburukan tersebut. Sabarlah, mulakan diri kita jadi orang yg baik, dan saling muhasabah buat kawan-kawan kita agar bina akhlak yg baik. 
-----------------------------------------------------

 Akhlak yg baik itu, keuntungan buat org lain dan juga kita. 
Dan akhlak yg buruk itu, org lain tak dapat apa, dan kerugian untuk kita. 
-----------------------------------------------------

 Kita akan lalui dan duji apa yg kita kata. Justeru itu, bicaralah kita atas dasar benar-benar untuk teguran, dakwah, muhasabah, pengajaran dan keinsafan bersama. Dan itulah yg dituntut asasnya. Jauhilah kita bila diatas dasar benci, hadir mari rasa benci, dendam, menghina, dedah dan sebar aib, sekadar suka, bahan umpat, dan yg penuh dengan akhlak dan ucapan yg buruk. Kelak takut berat menimpa kita kesan dari cara tersebut. Sama Muhasabah. 
-----------------------------------------------------

 Semua akan diuji, kita tolong sahabat kita bila diuji.... 
-----------------------------------------------------

 Sentiasa untuk membaca/belajar.. tidak membaca/belajar... tak tahulah mana salah dan betul. Yang sebenarnya salah dan betul. Dan yang telah salah dan betul. 
-----------------------------------------------------

 Kerja-kerja, Allah dan Rasul menyuruh kita berkerja, dan dgn baik, tekun...
-----------------------------------------------------

 Malu kerana itu dosa dipuji Syara'... 
-----------------------------------------------------

 Kerja, untuk manfaat dan keuntungan diri dan orang lain (Itu juga keuntungan untuk kita).
-----------------------------------------------------

 Halal itu nikmat dan selamat, Dunia dan juga janji nikmat yg besar di akhirat nanti...
-----------------------------------------------------

 Bagaimana jalan yg kita gunakan dlm melakukan sesuatu perkara kpd org lain, maka jalan itu jugalah akan dilakukan org lain pula kpd kita. Demikian, selalulah kita berfikir dan muhasabah dahulu, jika dgn baik dan terbaik, hasilnya juga yg baik dan yg paling disukai. 
-----------------------------------------------------

 Janganlah kita lupa semua yg kita ada adalah kurniaan dari Allah yg Maha Pemurah.. 
-----------------------------------------------------

 Nafsu hanya mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya... 
-----------------------------------------------------

 Antara kesalahan dalam pendidikan anak dalam era ini yang dibincangkan dalam buku ni termasuklah membuat anak takut kepada manusia, harap akan pujian dan redha manusia, motivasi bersifat duniawi, dan banyak lagi yang menyebabkan anak-anak tidak memikirkan perihal iman, akhirat (syurga-neraka) dan tidak mengutamakan akhlak yang baik dalam kehidupan.
-----------------------------------------------------

 Diuji dgn kekecewaan itu agar kita sedar, sentiasa ingat Allah kembali....
-----------------------------------------------------

 Untuk terhalangnya dari menjadi rezeki kita itu mudah. Kadang duit habis (tidak cukup) hanya kerana perlu membayar ini dan itu.... 
-----------------------------------------------------

 Adik, teman-teman yg dikasihi... Pasakkanlah kuat-kuat kefahaman Agama dan rutin kehendak Allah dan Rasul dalam hari-hari hidup kita. Kita akan selamat dan nampak betapa indahnya syariat Islam ini. 
-----------------------------------------------------

 Zaman skrg perlukan sijil, dulu tidak. Tapi jika tak dapat, gagal dapat sijil lagi. Kita kena juga bersungguh seperti sentiasa ada sijil. Lebih dari nilaian sijil. Terutama lagi bidang Agama.... 
-----------------------------------------------------

 Dosa ada kecil dan besar. Jangan kita remeh yang kecil dan sentiasa waspada, usaha jauhi yang besar... 
-----------------------------------------------------

 Yakinlah, bila kita buat yg baik. Akan dibalas oleh Allah yg baik dan lebih baik. Begitulah jika kita buat yg tidak baik.
-----------------------------------------------------
 Teman, sama selalu muhasabah, mati itu sangat hampir. Kita dah tak dpt buat-buat apa-apa bila mendengar berita tntg kematian. Kita hanya mampu mendengar berita dan melihat keadaannya. 
-----------------------------------------------------

 Dik yg manis lagi ayu, jangan murahkan nilaimu.. tiap-tiap hari gambar dijaja. 
-----------------------------------------------------

Ingatlah pesan Allah dan Rasul. 
-----------------------------------------------------

 Bosan buat seseorang jadi boros.... 
-----------------------------------------------------

 Sabarlah dari biasa suka bercakap yg tidak baik, tiada manfaat, dan hal yg takut memufliskan kita kelak... 
-----------------------------------------------------

Mudah diubah diri, mudahlah diubah orang lain.... 
-----------------------------------------------------

 Ujian itu memang besar, kuat dapat juga dilalui kerana pertolongan Allah bersama-sama. 
-----------------------------------------------------

Sahabat-sahabat yg telah dijanji Syurga itu besar ujiannya... 
-----------------------------------------------------

 Hidup ini Ujian, hinggalah dimatikan. 
-----------------------------------------------------

Apapun perjuangan itu, menuntut adanya pengorbanan demi pengorbanan....
-----------------------------------------------------

 Berdoa pun sudah dikira ibadah... 
-----------------------------------------------------

 Solat dijaga sesempurnanya (berjemaah, awal waktu dan segala kesempurnaan lain). In-sya' Allah, amal lain mudah dan dapat dipelihara. Solat diabai dan diremehkan. Perintah lain sukar dan payah nak dikawal...
-----------------------------------------------------

 Kerja kena ada sifat Ihsan. Dari ihsan itu akan terbit kesungguhan dan keuntungannya... 
-----------------------------------------------------

 Bukan kaya yg memberi ketenangan, tapi dari keberkatan itu ada ketenangan dan diberi kecukupan... 
-----------------------------------------------------

 Sahabat, kenapa kita bila murah rezeki, banyak duit sikit. Perbelanjaan, tahap barang-barang keperluan hidup harian nak juga agar sentiasa yg mahal-mahal, yg begitu canggih. Bersyukurlah, itulah sebab kita merasa sentiasa tidak cukup, masih tidak cukup dan banyak berhutang, rasa susah dan serba tak cukup ini dan itu. Hindarilah berebut-rebut, untuk menunjuk-nunjuk kerana melihat org lain hebat dunianya. Memadai keperluan penting untuk benar-benar digunakannya. Marilah kita manfaatkannya pada hal yg benar-benar diperlukan. Untuk keluarga, org lain. Bukan kaya yg memberi ketenangan, tapi dari keberkatan itu ada ketenangan dan diberi kecukupan... 
-----------------------------------------------------

 Kita belajar dan buat kerja sungguh-sungguh. Cari kerjaya yang menjamin kebaikan hidup dunia dan akhirat....
-----------------------------------------------------

 Belajar atau mengajar akan bertambah ilmu. Mengajar itu juga adalah belajar. Sebelum belajar dan mengajar mesti kena juga membaca. Ilmu itu asasnya dengan rajin membaca. 
-----------------------------------------------------

 Wajib usaha, Usaha dgn jalan yg halal, Rezeki itu luas dan mudah bagi Allah untuk memberi... 
-----------------------------------------------------

 Solat menghapus dosa-dosa.... 
-----------------------------------------------------


13 Jamadilakhir 1434 H bersamaan 24 April 2013 M 
Rabu, 12.00 pm. Perak, Malaysia.

Kata² page Fb (tazkirah, peringatan 21).

 

 Tiap kali terjadi atau timbul berbagai masalah dalam hidup. Marilah kita perhati, muhasabah rutin hidup harian kita dengan perintah Allah dan Rasul. Solat dan segala aspek lain. Kadang yang tidak menjadi punca masaalah sebenarnya boleh terjadi masalah juga. 
------------------------------------------------------

 Marah dan benci dgn kebaikan, kebenaran org itu dengki... 
------------------------------------------------------

 Setiap kali Allah panjangkan umur, agar kita bertaubat, berubah. Kembali bertaubat, usaha berubah walau seteruk manapun. Akhir kita tak tahu, ia penentu segalanya. Besarnya peluang, rahmat Allah walau sejahat manapun. 
------------------------------------------------------

 Bala dan Hebatnya kuasa Allah yang telah ditunjukkan... masih boleh dipermain dan direka hal-hal lucu, remeh.. jangan Teman....... 
------------------------------------------------------

 Ingat, politik kita kerana dan untuk dakwah, untuk Islam... 
------------------------------------------------------

 Segalanya krn ego. Belajar didik diri, usaha rendahkan ego.... 
------------------------------------------------------

Jangan kita fakir disisi Allah..... 
------------------------------------------------------

 Didikan, nak merubah dan membentuk seseorang itu akan berkait pada hubungannya. 

 - Sikap dan perangai ayah,ibu dengan anaknya. 
 - Sikap dan perangai guru dengan pelajarnya. 
- Sikap dan perangai ketua, bos dengan pekerjanya. 
- Dan kerajaan dengan rakyatnya. 

 Ia bermula dari diri, secara tak lansung, ia mudah diubah dan terubah sendiri, insyaAllah. Begitulah jika sebaliknya yang buruk dilakukan. Antara faktor kejayaan Nabi juga ialah dilalui dan dibuktikan sendiri segalanya oleh Nabi s.a.w. 
------------------------------------------------------

 Masalah-masalah dalam hidup itu adalah ujian bagi orang Beriman. 
------------------------------------------------------

 Adil itu juga ialah tidak suka dan menasihati org yg buat zalim dan susahkan org lain sepertimana org itu juga telah pernah buat zalim dan susahkan dirinya... 
------------------------------------------------------

 Bersukan untuk gagah buat ibadat, buat kebajikan.... 
------------------------------------------------------

 Nabi s.a.w. suruh kita minta syurga Firdaus. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesungguhnya di syurga ada 100 tingkat yang disediakan oleh ALLAH bagi mujahidin di jalan ALLAH, yang jarak antara satu tingkat ke tingkat lainnya seperti jarak antara langit dan bumi. Maka jika kamu minta kepada ALLAH, mintalah syurga Firdaus kerana ia terletak di syurga yang paling tengah dan paling tinggi, di atasnya adalah ‘Arsy ALLAH Yang Maha Pemurah dan dari situlah terpancarnya sungai-sungai di syurga.” (Sahih Bukhari) 
------------------------------------------------------

 Tiap kelebihan dan kekurangan, sebagai ujian dan adilnya Allah s.w.t...
------------------------------------------------------

 Usahalah agar tidak buat perkara buruk, salah yang sudah pernah orang buat kepada kita. Kelak nanti akan ada juga orang buat yang buruk dan salah itu kepada kita semula. Semuanya sebab diri kita. 
------------------------------------------------------

 Bahayanya perangai sangka buruk ni, sebab ia permulaan segalanya (mengumpat, fitnah, mengadu domba, hina, kata keji). Dan berat kesannya juga pada pelaku dan orang lain, kerana memang kita tak tahu perkara asal yang sebenarnya. 
------------------------------------------------------

 Jom berbuat yg baik dan terbaik sabahat-sahabatku yg baik... 
------------------------------------------------------

 Adil itu juga: 
 - Menolong, membantu dan meringankan beban orang lain. 
- Bukan mementingkan diri. 
 - Bukan menyusahkan orang. 
 - Membiarkan orang lain susah. 
 - Mempergunakan hanya untuk keuntungan pada dirinya.
------------------------------------------------------
Berlaku adil dalam mencari keadilan. 
------------------------------------------------------

 [Khabar Nabi tentang Hujan batu bersalut api dari langit] Daripada ‘Imran B. Hushain, Beliau berkata: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: فِي هَذِهِ الأُمَّةِ خَسْفٌ وَمَسْخٌ وَقَذْفٌ، فَقَالَ رَجُلٌ مِنَ المُسْلِمِينَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، وَمَتَى ذَاكَ؟ قَالَ: إِذَا ظَهَرَتِ القَيْنَاتُ وَالمَعَازِفُ وَشُرِبَتِ الخُمُورُ: وَقَدْ رُوِيَ هَذَا الحَدِيثُ، عَنِ الأَعْمَشِ 

 Bahawasannya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Akan ada dalam kalangan umatku ini nanti kejadian tanah runtuh (atau ditenggelamkan ke dalam bumi), penukaran wajah menjadi binatang, dan turunnya hujan batu berapi dari langit.” Maka berkata seorang lelaki dari kalangan kaum muslimin (iaitu dari kalangan sahabat Nabi), “Bila ia akan berlaku wahai Rasulullah?” Beliau menjawab: “Apabila telah muncul (berleluasa) artis wanita, alat-alat muzik, dan al-khamr (minuman-minuman yang memabukkan) telah diminum.” [Sunan at-Tirmidzi, no. 2212. Dinilai sahih oleh al-Albani kerana banyaknya mutaba’ah] 
------------------------------------------------------

 Untuk mengangkat tangan, berdoa itupun bukan mudah.... 
------------------------------------------------------

 Orang sedang, telah berubah pun masih dikutuk, jauhilah ia teman... Allah masih sentiasa beri ruang setiap saat, jam kepada kita juga untuk berubah.
------------------------------------------------------

 Perhatilah baik-baik tiap kali teguran-teguran kita, untuk kepuasan nafsu, sifat dengki, dendam, sekadar untuk menghina, mengutuk, menjatuhkan org. Atau benar kerana sahut perintah Allah dan Rasul. 
------------------------------------------------------

 Untuk tulis status, like, komen pun ambik masa banyak. Malaikat sebelah kita ni sentiasa dengan memerhati dan mencatit. 
------------------------------------------------------

 Ilmu tidak akan membosankan. Hilangkan rasa, masa bosan kita dengan mencari dan menambah ilmu. Untuk dunia dan akhirat kita. 
------------------------------------------------------

 Dikurniakan kepada kita akal, disuruh agar kita cuba usaha berfikir sebaik-baiknya. Memanfaatkan sebaik mungkin. Al-Quran dan contoh Sunnah menjadi panduan nilaiannya yang telah cukup sempurna. Tidak terus diikutkan apa keinginan nafsu. 
------------------------------------------------------

 Dunia tempat untuk muhasabah dan berubah.... 
------------------------------------------------------

 Kita mohon doa, usaha dgn baik, pelihara baik-baik perintah (hak) Allah dan Rasul. Untuk kuat berhadapan ujian-ujian mendatang.... 
------------------------------------------------------

 Taqwa disisi Allah, maka baik disukai disisi manusia.... 
------------------------------------------------------

 Biar hidup ingat mati.... 
------------------------------------------------------

 Berusaha dgn merendah diri.... 
------------------------------------------------------

 Mati itu memang dekat, tiada siapa sering jangka mati kemalangan.... 
------------------------------------------------------

 Syukur dilintaskan dan diingatkan masalah itu ujian dan sebagai pengajaran buat kita... 
------------------------------------------------------

 Mati, sesalnya dan tiada guna lagi sifat ego, sombong..... 
------------------------------------------------------

 Tiap kelebihan dan kekurangan yang dijadikan Allah itu memang ada hikmahnya. 
------------------------------------------------------

Usaha bersih diri kita dari sifat sombong. Yang baik dan benar itu amatlah indah... 
------------------------------------------------------

 Apa yg kita rasa memang ia betul dan salah. Kita nilai dahulu pada neraca Allah dan Rasul. Demikian, kita akan selamat dan kuat. Jangan ikutan nafsu yg diguna... 
------------------------------------------------------

Gantungkanlah keyakinan dan kekuatan Islam itu pada dalil Al-Quran dan As-Sunnah. 
------------------------------------------------------

 Usaha tanpa doa itu Sombong.... 
------------------------------------------------------

 Nikmat ibadat itu juga bila selamat dari maksiat... 
------------------------------------------------------

 Ya Allah.. jadikan kami redha dengan tiap ujian-Mu. Walaupun berat, namun rahmat-Mu lebih mengatasi segalanya. إنا لله وإنا اليه راجعون Ujian, ingin menyedarkan dan menambahkan keimanan... 
------------------------------------------------------

 Memang jika kita sentiasa ingat Allah, ingat untuk taat, pelihara, dengar perintah Allah. Allah akan jaga dan peringatkan kita.(dengan diingatkan, dilintaskan kpd kita itu salah dan benar, itu baik dan buruk, itu ujian dan sebagai peringatan). 
------------------------------------------------------

 Jgn malu kerana kelemahan dan kesilapan pertama kita. Tapi malu, bersalah kerana keengganan, kesombongan dan kejahatan kita... 
------------------------------------------------------

 Nak mendidik, cari dahulu kebaikan-kebaikan pada diri orang... 
------------------------------------------------------

 Kita akan merasa tak cukup, bila sentiasa bergantung dgn manusia... 
------------------------------------------------------

 Hal dosa, rugi masa, tiada manfaat, faedah.. memanglah akan masih bosan dan merasa kebosanan dan kerugiannya... 
------------------------------------------------------

 Biar lambat, asal rajin... Tak mengapa lambat, biar rajin... 
------------------------------------------------------

 Nabi s.a.w mengajak kepada Islam dengan menunjukkan bukti kebenaran dan mulianya Agama (cara hidup) Islam itu... 
------------------------------------------------------

 Masih, tetap juga dengan hal maksiat. Maka nampak susah dan sempit jalan yg halal, (jalan kesukaan yg halal). InsyaAllah.. bila kita jauhi hal maksiat. Maka banyak, mudah, dan luas jalan (kegembiraan) yg halal dapat kita rasa dan raih... 
------------------------------------------------------

 Akan faham, hebat ilmu agama (dikurniakan kefahaman, kealiman) bukan kerana yang belajar ambil jurusan Agama. Tapi kerana siapa yang rajin berusaha mencari, belajar, memahami dan beramal dengan perintah Agama. 
------------------------------------------------------

Biar orang suka kita, kerana kebaikan kita..... 
------------------------------------------------------

 Seluruh makhluk tunduk dan patuh mengikut perintah Allah. Berzikir memuji Allah... 
------------------------------------------------------

 Bukan sebab rupa yg cantik dipilih ke Syurga, tapi sebab Akhlaknya yg cantik... 
------------------------------------------------------

 Ingat Allah tika senang dan susah, Insha-Allah kita diingatkan Allah tika senang dan susah... 
------------------------------------------------------

 Nabi S.A.W pun pernah ditegur...... 
------------------------------------------------------

 Agama bukan ikut akal kita..... 
------------------------------------------------------


13 Jamadilakhir 1434 H bersamaan 24 April 2013 M 
Rabu, 12.00 pm. Perak, Malaysia.

Sabtu, 13 April 2013

Anak, bebaskan dengan yang Halal.

 

1. Marilah kita bebaskan mereka dengan yang halal. Suatu masa pernah ketika saya keluar ke pasaraya bersama pelajar-pelajar Tahfiz sekolah saya. Bila melihat dengan bermacam hiburan, pakaian anak muda tiada malu, suasana islamik yang jauh, janggal dan malu dengan suasana yang ditetap Agama, dan lagu-lagu yang diperdengarkannya. Melihat ragam sebahagian pelajar-pelajar seolah-olah sedang diberi cuti keluar dari penjara, nampak terzahirnya berbagai reaksi mereka akan betapa ketagih dan dahaganya kebebasan yang jauh dari Agama itu. Seolah itu rutin dan menjadi kepastian rutin bila berada diluar sekolah. 

2. Hiburan itu tidaklah hanya salah. Agama itu tidaklah juga sekadar dalam kefahaman lingkungan beribadat dan mempelajari Agama. Ia juga merangkumi dan meraikan fitrah dijadikan manusia itu. Kita mestilah jelaskan yang haram dan halal. Kefahaman Agama sejelasnya. Mudahkan dan luaskanlah yang halal. Susahkan dan sempitkan yang haram. Yang halal itu begitu banyak dan luas. Marilah kita berfikir dan berusaha untuk biarlah mereka bebas dengan hal yang halal.


 

3. Dasyatnya fitnah pada hari ini. Yang beramal dengan Agama dirasa dirinya yang salah. Sedang yang meninggalkan Agama merasa dirinya adalah yang betul. Sahabat, biarlah kita bersama yang pertama. 

4. Untuk muhasabah bersama. Sebagai seorang guru disekolah, ibubapa dirumah dan bersama memberi sokongan pada yang berkehendak untuk terbinanya nilai-nilai Islam yang telah dinyatakan Al-Quran dan As-Sunnah untuk masyarakat dan negara kita ini. Sama-sama kita usaha biar luas, mudah dan bebaskan dengan yang halal. 


03 Jamadilakhir 1434 H bersamaan 14 April 2013 M 
Ahad, 09.00 am. Perak, Malaysia.

Jumaat, 5 April 2013

Berkurangnya rasa takutkan Allah.

Soalan dari fb: Salam, tadi saya baca artikel mengenai takut pada azab Allah. 1) Saya nak tanya, apa yang patut saya buat bila rasa takut pada azab Allah itu makin berkurang? 2) Apa puncanya dan apa yang patut saya lakukan. 3) Saya sangat resah sebab dulu masa saya belajar di uk. Saya memang ada join usrah semua. Tapi sejak balik ke malaysia dan bekerja, saya sibuk dengan kerja dan macam makin jauh dari Allah. 4) Saya juga sering melakukan dosa sebab masa lakukan dosa tu saya rasa perasaan takut pada Allah tidak lagi sekuat dulu. Saya benar-benar ingin diri saya yang dulu. Bantulah saya. 

Jawapan: Waalaikumussalam. Terima kasih kerana sudi membaca. Maaf atas kelambatan membalas persoalan yang diajukan. Kerana keterbatasan masa dan ilmu yang sangat kurang untuk cepat menjawabnya. Insha-Allah saya akan cuba jawab dan kongsikan dari apa yang tahu dan laluinya. Mudahan bermanfaat dan harap boleh ajukannya kepada yang lebih layak lagi.

1. Takut adalah sifat fitrah semulajadi setiap manusia yang dijadikan Allah. Itulah menunjukkan betapa lemahnya kita semua. Alhamdulillah, apabila kita menyedari tahap keadaan hubungan kita dengan Allah, itu sudah merupakan dari tanda-tanda keimanan dan kesedaran masih hidup dalam diri kita. Kita sedar perlunya kita kembali semula kepada Allah. 

2. Secara mudahnya jika difikirkan kenapa rasa takut itu makin berkurang? Sudah semestinya kerana dosa yang dilakukan. Kerana dosa sudah menjadi hal biasa. Kerana dosa dipandang perkara biasa. Tidak bertaubat. Main-main dengan taubat. Menangguh-nangguh untuk bertaubat. Lemahnya tahap kefahaman agama. Keyakinan kita dengan perintah, larangan, bukti dan segala janji-janji Allah. Faktor kawan. Amalan kurang. Suasana sekeliling yang perlu diubahi dan berbagai lagi faktor perkara yang dilarang Allah itu berada dalam rutin suasana hidup kita, lalu menyebabkan makin kurang rasa takut kepada Allah. Mungkin ini adalah puncanya dan persoalan mengapa makin berkurang rasa takut.


 

3. Selepas sudah diketahui punca itu. Apa yang perlu dibuat. Kita usaha muhasabah mengapa berlaku hal demikian. Dan berusaha berubah dari antara punca yang saya kongsikan diatas. Dari mana hendak mula, perhatikan bagaiman keadaan kita. Jika kefahaman agama serba kurang, maka kita dalamilah dahulu ilmu-ilmu agama sebolehnya. Dari kefahaman dan keyakinan itu akan membangkitkan semula rasa takut itu. Usaha dan doa adalah perkara silih berganti yang sudah pasti mesti kita istiqomahkan hingga akhir hayat. Usaha ubah keaadaan. Usaha cari jalan. Bangkit dan terus bangkit tiap kali buat dosa. Bila malas bertaubat, usaha untuk bertaubat juga. Allah akan bagi kekuatan untuk kita berusaha. Pastikan ada amalan-amalan tetap dilaksanakan walau sikit. Gandakan dan banyakkan amal kebajikan lain. Tampungkan segala dosa yang masih terus diulangi. Bangun solat malam. Lihat dan fikir tanda-tanda kehebatan dan besarnya rahmat Allah. Hindari jalan-jalan yang menghmpirkan kepada kelalaian. Cuba ubah dan jauhi jalan-jalan dan hal-hal yang menggelapkan hati kita. Semua ini memang dengan usaha kesugguhan kita. Jika doa dan usaha betul-betul, insha-Allah pasti Allah akan bukan jalan untuk selamat dan bingkas cepat tersedar dari kelalaian. Jika hadir rasa terlalu malas untuk ketaatan, paksa juga walau sedikit. Solat jaga sebaiknya. Al-Quran rutin hiburan penyegar hati. Doa menjadi kekuatannya. Lazimi istighfar dan zikir-zikir memuji Allah. Ingat semula faktor yang ketika aku dahulu semasa kuat mengingati Allah dan dengan masa yang ketika lalai. Perasaan resah dalam dosa itu tanda-tanda dari keimanan. 


  

4. Ingat, kita akan sentiasa diuji oleh Allah hingga dimatikan. Inilah tujuan besar hidup ini. Ingat, kita semua manusia, fitrah pastinya akan pernah buat dosa. Dan Allah suruh kita bangun bertaubat dari dosa itu. Ulang buat dosa lagi fitrah, dan bukan fitrahnya ingkar dan lawan yang disuruh Allah. Hebat dan alim manapun seseorang itu tidak terlepas dari dosa. Cuma tahapnya berbeza. Ada ungkapan seorang ulama’, “Orang yang bertaqwa itu bukanlah orang yang maksum (selamat) dari dosa seperti para Nabi-Nabi, dan bukan para Malaikat yang sentiasa patuh kepada Allah, tapi ia dari kalangan manusia seperti kita, yang cepat sedar bila melakukan suatu dosa itu. Itulah taqwa”. Banyakkan doa-doa yang diajar Nabi seperti Doa tetapkan hati-hati kami, cukupkanlah dengan yang halal, doa setiap kali selesai solat iaitu bantulah aku untuk mengingati-Mu dan lain lagi.


  

5. Usaha cari jalan berubah dan cari jalan yang halal. Tiada yang haram kecuali mesti ada nikmat yang halalnya. Allah Maha Mengetahui segalanya. Kita ini hamba Allah. Allah yang jadikan kita. 

Sekadar inilah dahulu yang boleh dan sempat saya kongsikan. Saya juga melalui hal yang dilalui saudara. Semua orang melaluinya. Jalan usaha itu memang perit dan kesabaran yang kuat diperlukan. Kesabaran itu dengan usaha niat untuk berubah dan praktiknya, sibukkan hal yang halal, dan pelihara amalan. Solat dan doa jangan diremehkan.

Coretan ini saya simpulkan semuanya dari sumber sedikit pengalaman, ilmu yang dibaca, pengajaran dari ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi s.a.w yang sahih. Saya mengalukan untuk baca artikel-artikel berbentuk nasihat, peringatan dan sebagai muhasabah bersama di dalam blog ini. Saya juga manusia, yang serba lemah macam orang lain. Mohonlah pada Allah.

 

6. Tiap dalam perubahan itu, akan dilalui yang tidak disukai dahulu. Kemudian akan dilalui pula yang disukai. Yang disukai itu akan memberi harapan dan kekuatan untuk terus berubah. Dan yang disukai itu melupakan keperitan pada awal perubahan itu. 


Terima kasih. 
25 Jamadilawal 1434 H bersamaan 06 April 2013 M 
Sabtu, 01.00 am. Perak, Malaysia.