Rabu, 16 Ogos 2017

Marahkan Anak?

1. Jangan ketika terlalu marahkan anak, lalu kita fikir kita boleh buat apa sahaja kerana anak itu masih kecil dan tidak akan melawan.

2. Marahlah dengan kadar yang sepatutnya, tidak sampai rasa serabut dihati, dan dengan niat yang betul.

3. Ingat, kerana anak itu akan membesar, dan kita akan tua, bimbang terjadi balik dibuat kepada diri kita pula apabila mereka sudah remaja dan dewasa.

- Muhasabah Bersama.

Selasa, 15 Ogos 2017

Air Penawar, Gangguan, Usaha.

Air Penawar, Gangguan, Usaha |

1. Kadang ada yang wasap minta dibuatkan air penawar tentang bermacam masalah dalam keluarga, anak serba malas, gangguan dan sebagainya. Kadang sebenarnya mungkin yang perlu dielak dikalangan kita adalah apabila terdapat sedikit masalah terus difikir gangguan, sedang itu masalah normal yang perlu diusaha dengan usaha yang normal, contoh anak malas, apabila diperhati ayah ibu tidak pernah marah dan bertegas, maka jawapannya ayah ibu kena keras, contoh anak parah sosial, bila diperhati ibu ayah juga teruk sosial.

2. Saya juga (mohon jauh mungkin jika Tuhan ingin datangkan ujian), maka terjadi juga. Cuma apa yang saya ingin nyatakan asasnya disini ialah kita berusaha jaga dahulu seluruh kewajipan Agama (tunaikan suruhan, tinggalkan larangan, dosa, maksiat) banyakkan amalan sunat, zikir, doa yang diajar Baginda, dan minta kepada Tuhan penyelesaian masaalah tadi.

3. Semak semua hal-hal ini, dalami ilmu Agama. Contoh apabila diceritakan ada banyak gangguan di rumah, rupanya bila masuk dilihat rumah tersebut didindingnya dipenuhi dengan gambar hidup, contoh juga diadukan banyak masalah dalam rumah, bila di cek, didapati rumah itu padat dengan hiburan, tiada bacaan quran dan solat.

4. Atau juga semua itu Tuhan jadikan atas sebab kafarah atas perbuatan buruk kita lalu, juga Tuhan jadikan sebagai peringatan kepada kita agar insaf dan berubah.

5. Inilah bagi saya apa yang perlu kita fahami dan muhasabah dahulu. Sabar. Semoga Allah sentiasa menyelamatkan kita dari kejahatan manusia dan jin. Aamiin.

Ahad, 6 Ogos 2017

Ibubapa Yang Menghantar Anak ke Sekokah Agama.

Sudah pasti semua ibubapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah Agama dengan harapan besar adalah agar pandai Ugama, menjadi ustaz di dalam keluarga mereka sendiri dan pemimpin umat, walaupun ibubapa itu sendiri jauh dari Agama. Namun ada beberapa halangan besar untuk kejayaan tersebut. Halangannya apabila ibubapa sendiri dengan rutin kebiasaannya selalu melakukan perkara yang berbeza serta berlawanan dengan apa yang dipelajari anak-anak mereka disekolah. Justeru hal ini sangat besar cabarannya kerana semua ini berbalik kepada soal kebiasaan dan apa yang telah biasa dilihat ketika dirumah dan bersama ibubapa mereka.

Disetiap kali anak-anak pulang, mereka melihat banyak hal bertentangan dengan apa yang mereka pelajari di sekolah. Contoh ustaz menceritakan kewajipan solat dan menutup aurat, namun apabila pulang ibubapanya tidak solat dan tidak bertudung. Maka kepala anak-anak menjadi pening, celaru, buntu, pelik, nampak Agama ini main-main, dan hilang kecenderungan semangat untuk beramal, dan menyampaikan Agama.

Ibubapa, dalam masa yang sama kena seiring berusaha dan bersedia untuk berubah. Memahami sebaiknya apa yang dimahukan dari anak-anak dalam mengharapkan pandainya Agama, dengan demikian barulah terhasil untuk membentuk anak benar-benar menjadi seorang alim serta faqih di dalam keluarga dan menjadi ikutan masyarakat.

Dari sewaktu saya belajar dahulu lagi saya sentiasa fikirkan, justeru pentingnya pertabiyahan keluarga dan keturunan dengan baik-baik. Ia untuk kesan yang terbaik buat anak. Apapun berjaya menghantar anak ke sekolah Agama itu sudah satu kebaikan besar. Tahniah.

Peringatan ini untuk saya juga.